Artikel Pilihan

ACTIVE GRILLE SHUTTER, COOLING DRAG & AERODINAMIK.

Satu perkara yang diperhatikan oleh penulis pada kereta-kereta mampu milik ialah bagaimana jurutera menghasilkan lubang angin yang sesuai pada bahagian bampar depan dan juga jeriji depan. Kalau anda perhatikan betul-betul, sesetengah kereta rekaan jeriji dia agak unik

Walaupun nampak terbuka, tapi ada juga laluan angin di bahagian jeriji depan ditutup di sesetengah bahagian dan terbuka di sesetengah bahagian menerusi rekaan jeriji yang unik. Sebagai contoh rekaan jeriji dan bampar Myvi yang tidak sama antara bahagian kiri dan kanan.

Pada hemat penulis, adalah lebih baik jeriji dan bampar ini memiliki liang udara yang banyak dan maksimum bagi membantu proses sejukan enjin ketika Myvi ini memecut laju. Namun tanggapan ini dibetulkan oleh Dr Aiz Fawzal dalam satu status di Facebook beliau.

Siri Aerodinamik Kenderaan no.6======================

Ramai yang tak tahu sebenarnya, daya seretan (drag force) pada sesebuah kereta bukan hanya dipengaruhi oleh rupa bentuk luaran sahaja. Tapi juga drag dipengaruhi oleh laluan angin yang masuk ke dalam ruangan enjin.

Ini dipanggil seretan penyejukan (cooling drag).

——

Untuk mengurangkan cooling drag ni, pengeluar kereta masa kini memperkenalkan Active Grille Shutter.

Gril depan kereta biasakan terbuka luas je dan bukaan luas ni tak bagus untuk setiap keadaan. Jadi, bayangkan gril depan kereta ni boleh buka-tutup ikut kesesuaian. Dapatlah kereta tu mengurangkan data seretnya yang mana akan memberi impak kepada pengurangan pengunaan bahan api dan pengurangan pelepasan gas beracun.

Grille ni akan buka dan tutup mengikut keperluan sistem penyejukan, contohnya:

• Tutup sewaktu awal² enjin dinyalakan. Dengan ni, cepat untuk enjin capai suhu bekerja (working temperature) yang optimum.

• Buka penuh ketika pemanduan perlahan untuk pastikan angin dapat masuk bagi menyejukkan radiator/intercooler.

• Buka separa apa bila mula dipandu laju.

• Tutup penuh apabila pemanduan laju yang konstan. Sistemnya bergantung kepada banyak input selain halaju kereta seperti load, RPM, suhu enjin dan suhu persekitaran.

——

Cuba tengok kereta anda, ada tak aero device ni. Kalau kereta pasaran Malaysia mungkin takde sebab cuaca kita sentiasa panas. Tapi kalau anda pakai kereta import, mungkin ada. Gambar di bawah ni Mazda 6 dengan active grille shutter.

Dr Aid Fawzal

Middlesbrough UK

Selain daripada Mazda 6, Porsche juga antara jenama automotif yang menggunakan kesan aerodinamik untuk SUV mereka iaitu Porsche Cayenne. SUV ini menggunakan teknologi Adaptive Radiator Flaps pada bahagian bampar depan dan Adaptive Roof Spoiler bagi menggunakan kesan aerodinamik bergantung pada keadaan pemanduan

Adaptive Radiator Flaps ini akan ditutup bagi mengurangkan kesan geseran udara dan jika perlu akan dibuka secara automatik bagi mendapatkan kesan penyejukan secara maksimum. Tambah menarik lagi Cayenne juga dilengkapi dengan sistem spoiler adaptive

Jika dipandu dengan halaju kurang daripada 160km/j, spoiler ini akan berada di kedudukan asal bagi mengurangkan seretan udara. Apabila halaju melebihi 160km/j, spoiler ini akan terangkat sebanyak 20mm bagi meningkatkan downforce pada pada gandar belakang

Jika pemandu memilih mode pemanduan Performance, spoiler ini akan dinaikkan pada kedudukan 40mm bagi menaikkan nilai downforce. Bagi model yang dilengkapi dengan panaromic roof, spoiler akan dinaikkan pada 60mm jika panaromic roof dibuka bagi mendapatkan kesan aerodinamik yang sama seperti panaromic roof ditutup

Dalam keadaan kecemasan, adaptive roof spoiler ini boleh dinaikkan sehingga 80mm bagi membantu Cayenne membrek dalam mode Air Brake. Pada halaju 250km/j, mode Air Brake ini membantu Cayenne memendekkan jarak membrek sehingga 2 meter

Google ads
Back to top button