Buletin

ADA MACAM-MACAM BENDA BOLEH TEBUS DENGAN KAD MESRA PETRONAS!

Petronas Dagangan Berhad hari ini telah melancarkan portal terkini kad Mesra., Satu program kesetiaan yang paling berjaya di Malaysia. Dengan mata ganjaran yang anda kumpul, Petronas menawarkan 81 jenama pilihan untuk ditebus.

Menarik kan?

Apa saja yang boleh ditukar dengan pon kad Mesra ni? Banyak. ia merangkumi hampir semua perkara termasuk percutian, beli belah, makanan, produk kesihatan dan kecantikan dan antara jenama yang terlibat ialah Tealive, Baskin Robbin, TGV Cinema, Legoland, Air Asia Big, Sunway Lagoon, Inside Scoop, Llao Llao, La Juiceria, San Francisco dan banyak lagi.

Bercakap sewaktu pelancarannya program Redeem Like Never Before sebentar tadi, Pengarah Urusan dan CEO PDB, Dato’ Syed Zainal Abidin Said berkata “Kami gembira untuk perkenalkan kempen terbaru ini yang mana ia telah direka dengan kemudahan pantas kepada semua pelanggan kami untuk menebus mata ganjaran dengan mudah.

“Penebusan boleh dibuat secara digital, bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan peningkatan penyertaan jenama lain, kami satu-satunya penyelia program kesetiaan dengan pilihan paling banyak.”

Pelancaran kempen ini telah diadakan di Sunway Pyramid, seterusnya kempen dilancarkan selama tiga hari kepada umum bermula hari ini 27 September hingga ahad 29 September.

Bagi sesiapa yang mendaftar sewaktu kempen ini akan menerima poin permulaan sebanyak 200 mata secara percuma. Ahli juga menerima satu token dan berpeluang mendapat hadiah menerusi Giant Capsul dengan lebih 1,000 hadiah untuk dimenangi setiap hari.

GALERI

Google ads
Back to top button