Motosikal

APRILIA LANCAR SPORTBIKE GPR 250 DI CHINA. ADAKAH AKAN MASUK KE MALAYSIA?

Tanpa disangka, Aprilia memperkenalkan model terbaharunya. GPR 250 di pasaran China dan bukannya di Eropah seperti selalunya. 

Sama seperti model Aprilia dengan enjin bersesaran kecil di China, ia dibina oleh Zongshen-Aprilia. Tidak dapat dinafikan bahwa Aprilia GPR 250 memang sebuah sportbike yang menarik dengan berat cuma 150kg. 

Sedia maklum Aprilia cukup terkenal dengan model bersesaran 250cc, masih ingat model RS250 dua lejang yang menjadi impian ramai itu? 

Sportbike itu dikuasakan oleh enjin selinder tunggal 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana 26.2hp dan tork puncak 22Nm. Penunggang boleh memanfaatkan seluruh kuasa enjin itu menerusi kotak gear enam kelajuan. 

Kedua-dua roda dipasang dengan brek cakera bersaiz 300mm bersama sistem brek ABS dua saluran. Selain fork jenis USD di hadapan dan monoshock boleh laras pada roda belakang sebagai ciri standard.   

Sebagaimana yang boleh dilihat, rekaan luaran GPR 250 banyak dipengaruhi oleh jentera RSV4. Paling ketara ialah lampu utama berkembar, reka bentuk badan yang kompak dan kerangka twin-spar aluminium. 

Dari segi dimensi, GPR 250 ialah sepanjang 1,950mm, lebar 770mm. setinggi 1,100mm dan mempunyai tapak roda 1.350mm. Tangki pula berkapasiti 14 liter. Ia menggunakan tayar 130/70-R17 di belakang dan 100/80-R17 di hadapan.

GPR 250 dijangka memberi saingan sengit kepada model-model seperti Kawasaki Ninja 250, Yamaha YZF-R25, Honda CBR250R dan KTM RC 250. 

Model itu dilapor bakal memasuki pasaran India tidak lama lagi selepas dipamerkan pada acara Auto Expo, Februari 2020 bagi menilai maklum balas daripada pengguna. Harganya dijangka sekitar 2.20 lakh rupee atau RM13,000 seunit. 

Mazda CX30

Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu.

Tags
Google ads
Back to top button