
Toyota Hiace mungkin minivan yang paling berpengaruh di dunia. Ia merupakan salah satu produk minivan Toyota yang paling berjaya di dunia. Jika anda biasa ke pusat peranginan di Thailand seperti Phuket, Krabi, Pattaya atau Koh Smui, Hiace (commuter) merupakan van pelancongan wajib di sana. 11 daripada 10 van yang digunakan di sana ialah Toyota Hiace.
Ia sebuah van “komersial” yang dibina menggunakan platform ladder frame / body on frame dengan tujuan menjadikannya tahan lasak dan boleh digunakan di pelbagai permukaan jalanraya. Dari sebuah negara dengan aspal rata seperti Jepun, atau jalanraya berlubang di Afrika. Pendek kata Hiace umpama sebuah Hilux versi global untuk pasaran penumpang.
Ia adalah antara produk paling lama Toyota dalam pasaran. Mula diperkenalkan pada 1967 dan sasaran pasarannya tidak pernah berubah. Kegunaan komersial dan enjin pilihan petrol atau diesel. Dan walaupun sudah masuk pengeluaran ke tahun 50, Hiace cuma diperkenalkan dalam lima generasi. Tidak dinafikan, generasi H200 (kelima) merupakan yang paling berjaya.
Kali terakhir Hiace diperbaharui ialah pada 2004. Kini, setelah 15 tahun di pasaran, kedengaran bahawa model ini akan digantikan sepenuhnya dengan platform serba baharu.
Menurut media Jepun, generasi baru Hiace mempunyai lebih banyak ruang dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Bahagian belakang dan reka bentuk kokpit akan diperbaiki untuk menghasilkan lebih banyak ruang untuk barangan.
BACA: MODIFIKASI TOYOTA HIACE
Enjin turbocharged diesel 2.8L 1GD-FTV akan digunakan terus pada model ini. Walaupun dianggap sebagai generasi baru Hiace, media dari Jepun memberitahu bahawa model ini mungkin mengubah namanya buat pertama kali. Ia mungkin dikenali sebagai Grand Ace.
Sejauh mana kebenaran tersebut tidak dapat dipastikan.
Kena tunggu saja lah.
BACA: EDISI ULANGTAHUN KE-50 HIACE. MEWAH MACAM VELLFIRE!
GALERI