" "
Artikel PilihanBuletin

BMW SAMBUT ULANGTAHUN KE 20 PERKHIDMATAN “SAFETY CAR” (+VIDEO)

BMW telah berkhidmat sebagai  kereta keselamatan MotoGP sejak tahun 1999. Dalam satu entri video yang baru diterbitkan, syarikat itu telah meraikan beberapa model paling ikonik, yang kebanyakannya direka oleh Divisyen M.

BACA: BMW M5 – SAFETY CAR TERBARU PALING BERKUASA

Boleh dikatakan kereta keselamatan paling kerap digunakan adalah BMW Z8 Roadster yang memulakan tugasnya pada musim perlumbaan 2002. Z8 Roadster ini amat jarang dilihat di jalanan kerana pengeluarannya yang terhad.

Satu lagi kenderaan yang menarik ialah Z4 M Coupe yang digunakan pada perlumbaan tahun 2007. Beberapa tahun kemudian pada tahun 2011, 1M Coupe menjadi keselamatan rasmi dan mungkin yang paling buruk dari pandangan kami.

BACA: 5 KERETA SAFETY CAR TERBAIK DALAM F1

Pada 2015, BMW M4  berwarna satin hitam digunakan sementara M2 diperkenalkan pada tahun 2016 dan tahun ini, BMW memutuskan untuk mula menggunakan mesin pengeluaran terbaru dan paling berkuasa, M5.

Video di bawah ini tidaklah lengkap semua setiap kereta keselamatan MotoGP dari BMW dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Kami perasan tak ada X6 M yang digunakan pada tahun 2009, tetapi secara keseluruhan, trivia visualnya sangat menarik.

BACA: MERCEDES GT-R, SAFETY CAR PALING POWER DALAM SEJARAH

Google ads
Back to top button