Buletin

#ADVANCE2LANGKAWI

Ingin menikmati percutian yang unik? Shell Advance menawarkan satu percutian yang mengujakan ke Langkawi. Bagi merasai pengalaman yang berbeza, pemenang berpeluang menunggang motosikal bersama teman selama 4 hari 3 malam.

Shell-Advance-Ultra-Limited-Edition-mekanika-2-640x457

Apa yang perlu dilakukan cukup mudah. Peserta hanya perlu merakamkan detik kenangan bercuti dengan menunggang motosikal. Kemudian muat naik gambar berkenaan di Facebook, Twitter atau Instagram bersama kapsyen dan hashtag #Advance2Langkawi.

Tarikh penyertaan terbuka sehingga 31 Disember ini. Lima pemenang bertuah akan dipilih dan percutian ditanggung sepenuhnya oleh Shell. Pemenang dan rakan boleh menunggang motosikal mereka sendiri dengan pelincir Shell Advance dan minyak Shell V-Power.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, peraduan unik berkenaan  adalah bagi merapatkan lagi hubungan dengan komuniti  penunggang tegar Malaysia.

NIK_0187

“Kami tahu penunggang tegar motosikal gemar menunggang jarak jauh dan kami mahu mereka berkongsi detik-detik penting yang memperlihatkan minat mereka menunggang.

Sebagai ganjaran, kami mahu mereka mengalami kehebatan minyak enjin motosikal Shell Advance dengan Teknologi PurePlus.  Ia menjanjikan keseronokan menunggang tanpa kehilangan kuasa, walaupun perjalanan jarak jauh,” katanya.

Teknologi Shell PurePlus merupakan proses pertukaran gas kepada cecair (GTL) baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal tanpa sebarang bendasing. Lazimnya didapati dalam minyak mentah. Minyak berasaskan GTL memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih tinggi daripada kehausan dan kakisan. Dengan demikian, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dapat menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan memberikan lebih kuasa setiap masa.

NIK_0206

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan terbaru Shell Advance, layari http://www.shell.com.my/products-services/motorists/offers-and-contests/shell-advance-advance2langkawi-contest.html

Tags
Google ads
Back to top button