Buletin

BMW 118i SPORT

Selepas pengenalan model BMW 3 Siri ke pasaran tempatan, BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) kini menambah rangkaian model 1 Series menerusi pengenalan BMW 118i Sport.

BMW-118i-Sport-mekanika (37)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Alan Harris berkata BMW 1 Siri masih kekal sebagai satu-satunya kereta pacuan roda belakang dalam segmennya.

“Ini menjadikannya pilihan kereta paling sporty dan  dinamik dalam kelasnya,” kata Harris.

BMW-118i-Sport-mekanika (23)

Model tersebut juga dilengkapi enjin generasi enjin yang menggunakan teknologi BMW EfficientDynamics.

Enjin 1.5 liter 3-silinder TwinPower Turbo berkenaan turut digunakan pada BMW i8.  Kuasa yang dihasilkan ialah 136hp bersama tork maksimum 220Nm. Pecutan dari sifar ke 100km/j mampu dicapai dalam tempoh 8.7 saat. Penjimatan bahan api juga cukup impresif pada kadar 5.1 liter bagi setiap 100 km.

BMW-118i-Sport-mekanika (18)

Ciri dinamik enjin disokong oleh transmisi automatik lapan kelajuan bersama padanan mod Driving Experience Control dan ECO PRO.

Dari segi rekaan, signatur rekaan BMW 1 Siri dapat dilihat dengan jelas menerusi imej bonet panjang dan overhang pendek.

BMW-118i-Sport-mekanika (46)

Pada bahagian depan, apron rendah bersama pengambilan udara lebih besar dan gril kidney BMW dengan bingkai krom menyerlahkan imej dinamik dan sporty. Penggunaan lampu LED dengan pencahayaan  tinggi dan rendah turut ditambah pada model 1 Series ini.

Seperti mana keluarga BMW yang lain, 118i Sport turut menerima kemasan lampu belakang berbentuk ‘L’. Penggunaan teknologi LED meningkatkan lagi imej premium model tersebut.

BMW-118i-Sport-mekanika (24)

Melengkapkan lagi penampilan, BMW menawarkan ekzos dengan kemasan krom matt.

BMW 118i Sport dipasang dengan rim aloi jejari Star bersaiz 17 inci.

BMW-118i-Sport-mekanika (33)

Beralih ke ruang kabin,  kokpit yang berorientasikan kepada pemandu ini nyata memberikan rasa lebih selesa. Peningkatan rekaan diserlahkan lagi menerusi penggunaan upholsteri kulit Sensatec.

Bahagian kluster peralatan berwarna merah diserlahkan dengan kemasan hitam berkilat dan  padanan Coral Red Matt.

BMW-118i-Sport-mekanika (21)

Menambah ekspresi sporty, BMW memilih stereng multi fungsi kemasan kulit dan tempat duduk sport.

Tawaran BMW Radio Professional dan sistem operasi iDrive dikekalkan sebagai satu ciri standard untuk semua varian BMW 1 Series.

BMW-118i-Sport-mekanika (17)

BMW menawarkan skrin 6.5-inci Control Display yang diletakkan di konsol tengah.  Bukan itu sahaja, BMW 118i Sport juga dilengkapi ciri yang mendahului segmennya iaitu Intelligent Emergency Call, Teleservices dan fungsi Remote Services.

BMW-118i-Sport-mekanika (19)

Binaan kad SIM dalam kenderaan membolehkan pemandu menikmati sambungan optimum dan akses pada BMW ConnectedDrive tanpa memerlukan telefon pintar.

Intelligent Emergency Call adalah ciri standard pada BMW 118i Sport. Sekiranya beg udara diaktifkan dalam kemalangan, sistem ini akan menggunakan kad SIM binaan dalam untuk menghantar maklumat tahap kemalangan, potensi risiko kecederaan penumpang dan lokasi kenderaan ke Pusat Panggilan BMW secara automatik.

BMW-118i-Sport-mekanika (16)

Informasi berkenaan seterusnya digunakan sebaik mungkin untuk tindak balas kecemasan sebaik mungkin ketika Call Centre kekal berhubung dengan pemandu. Fungsi panggilan kecemasan manual membolehkan bantuan segera diberikan kepada pengguna jalan raya lain jika berlaku kecemasan dengan menekan Butang SOS.

Ciri Remote Service pula lebih impresif. Pengguna kini boleh menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat kawalan jauh kenderaan dengan menggunakan aplikasi MY Remote (BMW iRemote app) atau BMW Call Centre. Operasi mengunci dan membuka pintu boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar. Dengan hanya membunyikan hon atau mengelipkan (flashing) lampu.

BMW-118i-Sport-mekanika (38)

BMW 118i Sport ditawarkan dengan pilihan warna  Sapphire, Mineral Grey, Crimson Red, Midnight Blue dan Alpine White. Bakal berada di pasaran bermula 25 November ini, anggaran harga runcit model tersebut ialah RM188,800 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button