Artikel Pilihan

INILAH DIA GENERASI PERTAMA TOYOTA PRIUS

Sebut sahaja tentang Toyota Prius, satu perkara yang kita boleh akui ianya merupakan model hibrid yang cukup popular di serata dunia. Malah di tempat kita, Toyota Prius generasi kedua (XW20) ini sememangnya mula menjadi pilihan buat mereka yang inginkan sesuatu yang lebih menjimatkan dan sedikit hijau. Tapi barangkali kita pasti tidak mengenali asal usul Toyota Prius ini.

Sebenarnya Toyota Prius generasi pertama (XW10) mula diperkenalkan sebagai model konsep pada tahun 1995 ketika Tokyo Motor Show. Dan akhirnya pada penghujung tahun 1997 barulah model produksi massa ini diperkenalkan kepada umum untuk dibeli. Malangnya model ini hanya terdapat di Jepun sahaja. Toyota Motor Corporation hanya mahu menjualnya kepada rakyat tempatan. Namun masih ada beberapa unit turut dieskport ke luar secara persendirian seperti Amerika, United Kingdom, Australia dan juga New Zealand.

Melihatkan rekaan Prius generasi pertama ini masih lagi boleh diterima akal. Tidaklah terlalu ekstrem untuk ditonjolkan sebagai sebuah model hibrid. Pernah tengok Honda Insight generasi pertama? Rasa macam minta kaki aja rupanya. Tapi Prius ini tampak boleh tahan. Kira imejnya sesuailah di zaman itu. Malah rekaan belakangnya juga tiada beza dengan tipikal rekaan kereta sedan bersaiz kompak.

Nadi utama Prius ini menggunakan enjin 1.5 liter disamping motor elektrik berkuasa bagi mendapatkan tujahan yang lebih tinggi serta pek bateri nickel-metal yang dipasang pada tempat duduk belakang.

Prestasi jualannya di pasaran domestik cukup membanggakan apabila setakat Mei tahun 2000, melebihi 40,000 unit Prius telah dihasilkan. Suatu jumlah yang cukup besar juga untuk pasaran tempatan Jepun sahaja. Malah Prius ini juga pernah memenangi Japan Car of The Year 1998.

Dan kemudiannya Prius ini telah dikemaskini dengan pengenalan model dengan kod XW11 khusus bagi pasaran eksport termasuklah di UK dan Amerika Syarikat. Menariknya Prius ini menerima sambutan yang agak baik juga apabila Toyota berjaya menjualnya melebihi 50,000 unit di Amerika. Barangkali faktor penjimatan bahan api berjaya menarik minat pembeli di sana.

Produksi generasi pertama Prius ini berjaya mencatatkan sejumlah 120,000 unit berjaya dijual serata dunia dan ianya tamat jangka hayatnya pada tahun 2003.

Kesinambungan jenama Prius ini diteruskan dengan generasi kedua kemudiannya sehinggalah kini sudah memasuki ke generasi keempat. Nampak macam bermaharajalela pula si Prius ini kan? Mujur Honda dah sedar dan kembali mempertaruhkan Insight ke dalam pasaran. Itu pun Hyundai Ionic dah curi sikit kek pasaran.

BACA : TOYOTA PRIUS PRIME 2020 LEBIH LUAS

BACA : TOYOTA PRIUS PERSONA

Google ads
Back to top button