Buletin

VOLVO DEDAH REKOD JUALAN BERBILION-BILION. CATAT PENDAPATAN CECAH RM73 BILION!!!

Biarpun berdepan pandemik Covid-19, pengeluar kenderaan dari Sweden, Volvo mencatatkan jualan agak luar biasa pada tahun lalu.

Volvo melaporkan mencatatkan pendapatan mencecah sehingga AS$17.9 bilion (RM73 bilion).

Bagaimanapun, seperti perniagaan lain, kos operasi perlu diambil kira malah jumlah berkenaan masih dianggap besar terutama apabila berdepan kelewatan dan sekatan berikutan penularan Covid-19.

Menurut jenama yang membantu melestarikan bandar mesra alam itu, keuntungan dicatatkan mencecah AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Ia sekali gus menjelaskan mengapa Volvo dengan tangan terbuka menyumbang kenderaan bernilai AS$2 juta (RM8 juta) pada Superbowl.

Volvo mengenal pasti sebahagian besar kejayaan tersebut berikutan permintaan tinggi terhadap barisan kenderaan yang boleh dicas.

Sebanyak 391,751 unit kenderaan dijual pada separuh akhir tahun 2020 sahaja, peningkatan sebanyak 7.4 peratus berbanding tempoh masa sama tahun 2019.

Bagi tahun 2020, Volvo Cars dilaporkan meraih pendapatan keseluruhan melebihi AS$31.1 bilion (RM176 bilion).

Ketua Eksekutifnya, Hakan Samelsson berkata jenama tersebut bertindak dalam mengehadkan kesan pandemik.

“Lebih banyak jualan kenderaan elektrik membantu jenama ini terutama apabila masyarakat dunia mula menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.

“Kereta seperti XC40 Recharge akan mendorong syarikat terus mencapai kejayaan lebih besar,” katanya. -carbuzz

Google ads
Back to top button