,
Buletin

AKADEMI KBS MiniGP. LANGKAH PERTAMA UNTUK JADI PELUMBA PROFESIONAL!

KBS MiniGP Academy 2019 merupakan sebuah inisiatif dari pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha untuk membangunkan sukan permotoran tempatan khususnya buat jentera dua roda.

Ini berikutan dari kesungguhan dan kejayaan anak-anak tempatan dalam menempa nama di peringkat antarabangsa seperti Hafizh Syahrin yang beraksi dalam kelas perdana kejohanan dunia MotoGP.

KBS MiniGP Academy 2019 ini bakal menjadi asas yang baik sebagai permulaan buat anak-anak muda yang mempunyai keinginan dan minat yang mendalam untuk mengikuti jejak langkah jaguh-jaguh sukan permotoran mereka yang terdahulunya.

Program ini terbuka buat seluruh rakyat Malaysia yang berumur diantara 9 hingga 16 tahun pada tahun 2019. Pemilihan akhir akan dilakukan di litar Tangkak pada 23 November ini dimana seramai 40 orang peserta akademi akan diserap masuk untuk program selama hamper satu bulan itu.

Penyertaan atas talian boleh didaftarkan melalui laman utama program ini di www.kbsminigpacademy.com dan mereka yang terpanggil akan diminta untuk menghadiri sesi ujibakat terakhir di litar Tangkak pada tarikh tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KBS MiniGP Academy Dato Haniff Borhan berkata, usaha dari pihak kementerian dengan kerjasama dari pihak yang terlibat seperti Pitrides Motorsports sebagai pengedar utama; jentera MiniGP yang akan digunakan dalam program ini merupakan kesinambungan diatas usaha persendirian mereka sejak dari tahun 2013.

“Secara peribadi, saya amat yakin bahawa program akademi ini yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan dapat melahirkan lebih ramai atlit sukan permotoran dua roda yang lebih bersedia untuk menghadapi dan menyertai kejohanan-kejohanan yang diiktiraf sebagai landasan buat mereka menuju ke peringkat tertinggi kejohanan dunia. Kita juga sudah ada seorang pelumba yang kini beraksi di Sepanyol dalam kejohanan CEV dalam kelas Moto3 yang bermula dari platfom MiniGP ini sejak dari tahun awal ia diperkenalkan di Malaysia”.

Oleh itu, orang ramai yang berminat dan layak dengan syarat penyertaan kedalam program ini digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka secepat mungkin bagi memastikan panggilan mereka ke litar Tangkak bagi sesi ujibakat sebelum senarai 40 peserta yang akan diumumkan pada hari yang sama di litar nanti.

Program KBS MiniGP Academy 2019 ini bakal berlangsung bermula dari November 2019 sehingga akhir Desember 2019 dimana kesemua peserta akan diberikan ujian terakhir mereka dalam sebuah minggu perlumbaan sebenar bagi mereka mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh program di Akademi.

Tags
Google ads
Back to top button