BuletinMotosikal

AKHIRNYA…YAMAHA YZF-R25 FACELIFT DILANCARKAN DI INDONESIA

Sejak awal tahun ini, peminat Yamaha ternanti-nantikan model kemaskini YZF-R25/R3 di pasaran. Sejak dilancarkan pada 2014, model suku liter sportbike ini belum menerima pembaharuan yang besar. Hanya sekadar tema warna dan pelekat sahaja.

Sejak Yamaha R125 V3 hadir ke pasaran dengan teknologi yang lebih maju, R25 kelihatan sudah ketinggalan zaman. Mahu atau tidak, Yamaha “terpaksa” menaiktaraf model ini demi mengekalkan populariti dan saingannya dalam kelas yang sama dengan Honda CBR250RR, Suzuki GSX250R dan juga terbaru, Ninja 250R.

Walaupun sebilangan alatan baru yang dipasangkan pada model ini kelihatan merubah rupabentuk model asal, namun dari segi teknikal, tiada perubahan pada enjin dua selinder tersebut. Belum ada VVA, belum ada juga ciri-ciri seperti slipper clucth (dan juga masih tiada ABS).

BACA: IMAGINASI TERHAMPIR YAMAHA R25

Ia masih dikuasakan oleh enjin dua selinder selari DOHC yang menghasilkan 35 kuasa kuda pada 12,000rpm. Sementara tork juga kekal sama 22.6Nm pada 10,000rpm.

Antara ciri yang membezakannya dengan model sebelum ini ialah ;

  • Lampu hadapan terpisah dengan fungsi LED
  • Suspensi hadapan jenis Upside Down (USD) yang diberi kemasan warna emas
  • Perubahan bahagian belakang dengan menampilkan “ekor” lebih aerodinamik seperti ada lubang saluran udara.
  • Kelongsong udara di bahagian tengah antara lampu hadapan. Jika mengikut standard industri, ia adalah lubang kemasukan udara ke bahagian intake yang bertindak sebagai RAM AIR.
  • Bahagian kerangka nampaknya tak berubah secara signifikan dan kelihatan sisik di bahagian fairing kurang liang udara berbanding model semasa.
  • Lampu hazard
  • Suis penghidup jenis gelongsor.
  • Meter dIgital penuh
  • Kemasan trim peredam bunyi

GALERI

Google ads
Back to top button