" "
Buletin

DAIHATSU INDONESIA LANCAR TERIOS FACELIFT, 6 BEG UDARA, VSC, KAMERA 360 DARJAH, DARI RM73 RIBU

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) baharu sahaja memperlihatkan kemaskini terhadap model Daihatsu Terios 2023, selepas pertama kali muncul di pasaran pada lewat tahun 2017.

Dari segi kuasa, Daihatsu Terios 2023 facelift ini masih lagi mengekalkan nadi 1.5 liter berkuasa 104 PS dan 136 Nm, serta pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Perubahan kosmetik tersebut boleh dilihat menerusi pembawakan jeriji hadapan yang lebih kecil, bukaan bahagian bampar depan yang lebih agresif, diikuti dengan lampu utama yang diberikan efek asap dan lampu kabus yang ditinggikan posisinya, dan rekaan rim baharu bersaiz 16 atau 17 inci.

Tema hitam menguasai ruang kabin, dimana tempat duduk didatangkan dengan balutan upholsteri kulit hitam, jahitan kontras merah, skrin tengah bersaiz 7 inci, Apple CarPlay dan Android Auto, serta kemudahan pengecasan tanpa wayar pada perehat tangan tengah.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah enam beg udara SRS, paparan keliling 360 darjah, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HSA), brek anti-kunci (ABS) serta pengagihan daya brek elektronik (EBD).

Di Indonesia, harga jualan Daihatsu Terios bermula dari Rp 236,050,000 (RM73,146).

Google ads
Back to top button