
AMG DEDAH MODEL MERCEDES-AMG E-SCOOTER, JARAK GERAK 40KM, 0.7HP
AMG baru-baru ini mendedahkan model skuter elektrik iaitu Mercedes-AMG E-Scooter, sebuah penyelesaian mobiliti mikro elektrik yang menawarkan jarak gerak sehingga 40km.
Dibina oleh syarikat Switzerland Micro Mobility Systems AG, ia didatangkan dengan lencana AMG pada tempat letak kaki dan hendal serta digabungkan bersama lambang bintang Mercedes di hadapan.
Untuk rekod, spesifikasi teknikal skuter elektrik ini dibawa dari Micro Explorer S, di mana ia menggunakan suspensi hadapan / belakang boleh laras, paparan kecil dan bar hendal teleskopik.

Perincian lain termasuklah mempunyai lampu depan, belakang dan lebih penting, skuter ini boleh dilipat bagi memudahkan untuk dimuatkan dalam but kereta. Berat keseluruhan Mercedes-AMG E-Scooter ialah 14.7kg.
Dari segi kuasa, motor elektrik serta gabungan kuasa bateri 9.6 Ah berupaya menghasilkan 0.7hp, cukup untuk jarak gerak sehingga 40 km dalam mod Eco, atau 25 km dalam mod Sport sementara, kelajuan tertinggi dihadkan 20km/j.
Untuk pengecasan, ia akan mengambil masa antara 2.1 hingga 3.5 jam bagi setiap pengecasan penuh.
Ciri keselamatan pula dilengkapi brek motor elektrik di roda hadapan serta brek dram di belakang selain terdapat brek kaki yang terletak di pelindung lumpur, dek lebar dengan salutan anti-gelincir dan loceng bersepadu.
Ciri-ciri lain, pengguna juga boleh menyambung telefon pintar melalui Bluetooth untuk menggunakan aplikasi khusus bagi memudahkan akses navigasi, data pemanduan dan kawalan.
Syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan harga tetapi ia dijangka lebih mahal berbanding model asas dari Micro Mobility Systems AG.
GALERI:





- BACA: HONDA EM1 e: SKUTER ELEKTRIK PERDANA DARI HONDA, 2.3HP, JARAK GERAK 30KM, HARGA BELUM ADA
- BACA: KYMCO S7 ELEKTRIK – SKUTER ELEKTRIK BANDAR, 10.3HP, HARGA BERMULA RM23K
- BACA: PARIS HARAMKAN SKUTER ELEKTRIK SEWA MULAI SEPTEMBER TAHUN INI
- BACA: SYARIKAT PEMULA INDIA, RIVER, LANCAR SKUTER ELEKTRIK INDIE – TIGA MOD TUNGGANGAN, BATERI 4KWJ, HARGA BERMULA RM6K



