
KYMCO S7 ELEKTRIK – SKUTER ELEKTRIK BANDAR, 10.3HP, HARGA BERMULA RM23K
Jenama dari Taiwan, Kymco, memperkenalkan skuter elektrik di pasaran Eropah yang digelar sebagai Kymco S7 elektrik.
Kymco S7 elektrik menawarkan gaya kontemporari serta perisian moden meskipun tidak terlalu mewah.
Perlu diingat bahawa MV Agusta dan Kymco sebelum ini mempunyai perjanjian untuk membangunkan skuter elektrik baharu dalam bentuk konsep Ampelio.

Oleh itu, S7 elektrik dibina berdasarkan platform skuter gaya Itali.
Dari bahagian depan, jentera itu dipadankan dengan lampu LED di hadapan dan belakang selain didatangkan bersama kluster instrument digital.
Dari segi prestasi, Kymco S7 dipacu oleh motor elektrik, menghasilkan output kuasa maksimum 7.6 kilowatt, berupaya menghamburkan kuasa 10.3hp.
Untuk rekod, Kelajuan maksimum dihadkan pada 92km/j. Angka itu adalah bersamaan dengan skuter berkuasa gas 125cc. Maka, jelas bahawa skuter itu direka berfokuskan penggunaan di bandar.
Selain kuasa dan estetika gaya, S7 elektrik juga mempunyai ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti besar, di mana ia mampu memuatkan topi keledar.
Harga? Kymco S7 elektrik boleh dimiliki pada harga AS$5,440 hingga AS$6,530 (RM23,930 – RM28,725).
- BACA: PARIS HARAMKAN SKUTER ELEKTRIK SEWA MULAI SEPTEMBER TAHUN INI
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1 KINI DIJUAL DI MALAYSIA – BERMULA RM7K
- BACA: SYARIKAT PEMULA INDIA, RIVER, LANCAR SKUTER ELEKTRIK INDIE – TIGA MOD TUNGGANGAN, BATERI 4KWJ, HARGA BERMULA RM6K
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04. 4 MOD TUNGGANGAN, 41HP, 130KM SEKALI CAJ, TOP SPEED 120KM/J, ANGGARAN RM60K

