
HONDA EM1 e: SKUTER ELEKTRIK PERDANA DARI HONDA, 2.3HP, JARAK GERAK 30KM, HARGA BELUM ADA
Honda secara rasminya melancarkan motosikal elektrik perdana, Honda EM1 e: sekali gus meluaskan lagi rangkaian e-mobiliti Honda.
Dari segi persaingan, ia bakal bersaing dengan NEO Yamaha yang dilancarkan tahun lepas.
Honda EM1 e: dipacu oleh motor elektrik serta bateri lithium-ion boleh tanggal di mana ia berupaya menghamburkan kuasa 2.3hp dan tork 90Nm.

Jentera ini menawarkan jarak gerak sehingga 30km (WMTC) manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 45 km/j.
Bagi sistem brek, ia didatangkan bersama brek cakera hadapan sementara di belakang mendapat brek dram yang beroperasi melalui sistem CBS.
Perincian lain termasuklah dilengkapi penyerap hentak belakang berkembar, suspensi teleskopik, port pengecasan-USB, ruang simpanan bawah tempat duduk 3.3 liter dan mempunyai berat keseluruhan 95kg termasuk bateri 10kg.
Setakat ini, Honda masih belum mendedahkan harga, namun sebagai permulaan ia akan dijual di pasaran Eropah terlebih dahulu dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Sunbeam White, Digital Silver Metallic dan Matte Ballistic Black Metallic.
- BACA: HONDA BAKAL LANCAR MOTOSIKAL ELEKTRIK DI INDONESIA PADA Q2 2023 – TAWAR PILIHAN BATERI SWAP DAN BINAAN DALAM
- BACA: HONDA PATEN SISTEM PENGESANAN KEMALANGAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
- BACA: HONDA BINA STESEN PENUKARAN BATERI MOTOSIKAL ELEKTRIK DI TOKYO
- BACA: HONDA MAHU PERKENAL 10 MOTOSIKAL ELEKTRIK, MOTOR BESAR PUN ADA!









