Buletin

ANDA SUDAH BOLEH TEMPAH CITY SPORT HYBRID i-DCD – RM89,200 SAHAJA! 

Honda Malaysia sekali lagi mengejutkan pasaran automotif tempatan apabila memperkenalkan model City Sport Hybrid i-DCD. Tempahannya kini sudah dibuka di semua 91 pengedah sah Honda di seluruh negara. 

Dengan pelancaran ini, Malaysia sekali lagi menjadi satu-satunya negara selain Jepun yang memperkenalkan rangkaian kuasa baharu itu ke dalam City. Ini sekali gus menyokong strategi Honda Malaysia untuk fokus terhadap teknologi termaju generasi seterusnya.

City Hybrid pasti memberi satu lagi pilihan kepada peminat City di Malaysia. Seterusnya mampu mengukuhkan penguasaan City dalam segmen B. City baharu yang dilancarkan pada Mac tahun lalu mencatat maklum balas yang sangat memberangsangkan apabila lebih 12,000 unit berjaya dijual dalam masa hanya empat bulan!

Sejak dilancarkan pada Mac 2014, lebih 115,800 unit City telah dibeli oleh pengguna di Malaysia.

Apa yang lebih menarik lagi, versi City Hybrid bakal ditawarkan pada harga RM89,200 (tidak termasuk insurans) seunit. Sebagai sebuah sedan yang menawarkan pemanduan sporty, padat dengan pelbagai ciri, teknologi termaju dan selamat,  City Hybrid memang sangat mengujakan.

City Hybrid menjadi model hibrid kedua dan model baharu kelima dalam barisan produk yang diperkenalkan oleh Honda Malaysia untuk tahun 2017. Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 250 unit City Hybrid sebulan.

City Hybrid dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar DCT tujuh kelajuan bersama motor bersepadu berkuasa tinggi. DCT menggunakan sistem penukaran gear Shift-by-Wire Gear untuk memberikan maklum balas lebih pantas dan lancar. Padanan itu membolehkan enjin menghasilkan kuasa sehingga 137PS dan tork 170Nm yang menyamai enjin 1.8 liter.

Penggunaan bahan api pula cuma 3.9L/100km. Untuk penghantaran kuasa yang lebih baik, Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-ion) berkapasiti lebih tinggi dan tahan lama. Honda Malaysia juga menawarkan jaminan selama lapan tahun untuk bateri tersebut. Jadi, tidak perlu lah risau.

Varian hibrid ini didatangkan dengan rekaan meter paparan multi-informasi 3D. Ia memaparkan maklumat seperti aliran kuasa, meter sport, penjimatan bahan api, maklumat pemanduan dan ECO.

Selain itu, ia juga dilengkapi paparan audio bersaiz 6,8 inci, panel sentuh untuk kawalan pendingin hawa, lampu nyalaan siang (DRL), lampu belakang LED dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci. Walaupun ditambah dengan bateri Intelligent Power Unit (IPU), ruang but sedan ini masih sama seperti varian petrol iaitu 536 liter.

BACA: HONDA JAZZ HYBRID i-DCD LAKUKAN DEBUT DUNIA DI SETIA ALAM 

Dar segi keselamatan, City Hybrid hadir dengan empat beg udara, sistem brek ABS, Vehicle Stability Assist (VSA), kamera undur dan Emergency Stop Signal (ESS). Tiga warna ditawarkan iaitu perak, kelabu dan putih. Jaminan pula selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan selang servis setiap 10,000km.

Honda Malaysia sudahpun memulakan produksi varian tersebut. Ia boleh didapati di beberapa pengedar khas untuk dipandu uji mulai pertengahan Ogos depan. Manakala Jazz Hybrid boleh dipandu uji bermula 20 Julai 2017. Maklumat lanjut, kunjungi mana-mana bilik pameran Honda, hubungi talian tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button