Artikel Pilihan

ANIMASI UPIN & IPIN – LUBUK BUAT PARA PENAJA

Siri animasi Upin & Ipin ini sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Watak anak kembar yang comel Upin & Ipin cukup terkenal, bahkan turut meraih populariti yang bukan kepalang di negara jiran, Indonesia.

Siri Animasi popular ini diterbitkan oleh Les’ Copaque, sebuah rumah penerbitan tempatan yang diterajui oleh Hj Burhanuddin dan Hajah Ainon yang mana keduanya turut merupakan penyumbang suara  bagi watak Tok Dalang dan juga Opah.

Permulaan siri animasi Upin & Ipin sebetulnya bermula dengan filen terlebih dahulu, “Geng : Pengemberaan Bermula” pada tahun 2007 menggunakan animasi 3D. Namun sebelum filem sulung keluaran syarikat ini ditayangkan, ianya telah menerbitkan sebuah siri animasi pendek berjudul Upin & Ipin yang ketika itu kebetulan dalam musim bulan puasa / Hari Raya. Ternyata daripada sebuah siri pendek yang hanya beberapa minit, kini animasi Upin & Ipin telah melangkaui sehingga ke musim 16 dan juga beberapa siri filem.

Ternyata penangan pasangan kembar yang dikelilingi rakan – rakan cukup dinantikan oleh setiap peringkat usia, daripada anak kecil sehinggalah ke mak bapak yang turut sama menyaksikannya. Dan sedarkah anda semua bahawa, siri animasi Upin & Ipin ini sebenarnya merupakan lubuk buat para penaja sebenarnya? Saluran You Tube Les’ Copaque Production ini misalnnya kini mempunyai sehingga 16.9 juta subscriber. Tahukah juga bahawa saluran mereka ini juga berjaya meraih pendapatan tertinggi sehingga $16.73 juta (RM71 juta) sehingga kini.

Disebabkan reputasi yang Les’ Copaque miliki ini, maka berduyunlah juga penaja yang masuk untuk menaja siri Upin & Ipin ini. Paling mengujakan buat peminat automatif tempatan apabila kelibat MPV tempatan yang paling handal, Proton Exora telah membuat kemunculan istimewa dalam salah satu episod yang memaparkan Abg Salleh memandu sambil membawa Upin & Ipin keliling bandar. Perincian Proton Exora yang dizahirkan pula cukup sempurna untuk mata yang memandang.

Dan kalau tidak silap BK yang turut menjadikan siri ini sebagai rancangan tontonan bersama anak – anak, Proton Exora turut membuat kemunculan istimewa untuk episod Barangan Tempatan kalau tidak salah, yang mana ianya dipandu oleh ayah kepada Intan Payung.

Fuh, bayangkanlah apabila Proton Exora yang pernah menjadi kebanggaan ditonton oleh jutaan peminat siri ini. Bangga bukan?

Kalau tidak salah BK juga, siri Upin & Ipin ini turut mendapat penajaan utama dari negara seberang apabila telah beberapa musim, ianya ditayangkan terlebih dahulu untuk saluran MNCTV. Jenama Susu SGM yang berasal dari sana turut pernah menjadi penaja siri ini untuk memaparkan kepentingan meminum susu kepada anak – anak kecil.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya Upin & Ipin ini sememangnya lubuk buat para penaja untuk bersama – sama menaikkan jenama masing – masing. Cumanya itulah, disebabkan Upin & Ipin ini sudah mencapai taraf antarabangsa, sudah pasti bayaran untuk menajanya bukan kecil anak. Iyalah, bayar mahal, pulangannya pun pasti gempak juga. Kan?

BACA : ANIMASI TOBOT: SATU LAGI KEJAYAAN BANGSA KOREA

BACA : SYARIKAT THAI HASILKAN REPLIKA LIGHTNING MCQUEEN DARI TOYOTA – TERLIUR LA PULAK TENGOK

Google ads

B K

Back to top button