
ANIMASI TOBOT: SATU LAGI KEJAYAAN BANGSA KOREA
Barangsiapa yang mempunyai anak kecil, sudah tentulah tertonton atau menonton dengan sengaja saluran Astro Ceria bersama anak kecil adalah lumrah. Brader Karrager turut terjebak sama.

Eceh! Dan salah satu siri kegemaran anak-anak kecil adalah Tobot. Sebuah animasi yang mengisahkan kereta yang mampu bertukar menjadi robot dengan satu kunci khas yang digelar Tobot.
BACA : SEJARAH : KISAH KIA MOTOR DAN BANGSA KOREA
BACA : KIA SPORTAGE CATAT JUALAN TOP 10 DI UK PADA BULAN JULAI
Apa yang menariknya, kebanyakkan kereta-kereta yang dipaparkan dalam animasi adalah berinspirasikan dari jenama Kia Motors. Oh ya, sebelum terlupa, siri Tobot ini juga sebetulnya berasal dari bumi Korea Selatan. Apa yang menariknya, siri Tobot ini telah pun diberikan hak lesen penyiaran kepada kesemua Negara ASEAN pada tahun 2014 dan juga Timur Tengah bermula 2015 lantas menjadikan siri Tobot ini juga popular di luar Korea Selatan.

Walaupun tiada kerjasama rasmi antara pihak produksi dan juga pengeluar Kia Motors, namun pihak Young Toys selaku pihak produksi memilih untuk bersifat patriotik dengan memilih lebih banyak model dari Kia sebagai Tobot utama dalam siri tersebut. Antara Tobot utama dalam siri Tobot X dan juga Tobot Y yang mana diilhamkan daripada model Kia Soul dan juga Kia Koup. Tapi itulah, curiga juga Brader Karrager apa pasal pilih Kia. Ingat jenama SsangYong tak kecil hati?
Sungguhpun demikian, pihak produksi turut memperkenalkan beberapa jenis Tobot yang diilhamkan daripada jenama kereta yang lain. Barangkali sebagai salah satu strategi pemasaran bagi menembusi pasaran animasi di luar negara pula. Bertambah menarik juga, apabila siri alat permainan Tobot turut dipasarkan dan ianya menjadi sungguh laku keras di Korea Selatan hingga mampu mengalahkan permainan jenama Lego. Di negara kita juga tidak terkecuali. Jenguklah kedai alat permainan borong sekitar Chow Kit, bersepah yang menjualnya. Tapi awas ya, yang itu bukan asli. Apa pun, sebetulnya melalui animasi juga mampu menaikkan jenama sesuatu kenderaan itu. Sebelum terlupa, tahukah pembaca bahawa Proton juga pernah menaja animasi Upin & Ipin yang menampilkan Proton Exora secara jelas dari luar dan dalam.
Senarai penuh Tobot:
Tobot X : Diilhamkan daripada Kia Soul dan menjadi pelindung kepada watak utama Ryan
Tobot Y : Diilhamkan daripada Kia Koup dan menjadi penjaga kepada watak utama Kory
Tobot Z : Diilhamkan daripada Kia Sportage
Tobot W : Diilhamkan daripada Kia Ray, kereta kompak serupa Daihatsu Move
Tobot D : Diilhamkan daripada Kia Picanto
Rescue Tobot C : Kereta polis yang diilhamkan daripada Kia Cerato
Rescue Tobot R : Sebuah jentera bomba
Tobot Zero : Tow truck yang diilhamkan daripada Kia Bongo
Tobot Adventure Cargo : Diilhamkan daripada Kia Grand Carnival
Tobot Athlon Beta : Diilhamkan daripada Kia K5
Tobot Athlon Alpha : Diilhamkan daripada Lamborghini Aventador
Tobot Athlon Theta : Diilhamkan daripada Smart Fortwo
Kredit Gambar : collectiondx.com









