
BATERI LITHIUM-ION DYNAVOLT LEBIH RINGAN DAN BERKUASA. HARGA BERMULA RM199 SAHAJA
Dynavolt hari ini memperkenalkan bateri lithium-ion Dynavolt untuk kegunaan motosikal dengan konsep ‘Less weight. More power battery’ ke pasaran tempatan.
Seperti kita ketahui, penggunaan lithium dalam bateri memberikan kecekapan lebih baik berbanding bateri asid plumbum. Sekali gus membolehkan penunggang menikmati tunggangan berprestasi di jalan raya.
Menurut jurucakap Dynavolt, dari segi ketahanan, bateri lithium-ion Dynavolt hanya masa mengambil masa dua jam untuk setiap pengecasan penuh, bahkan hayat bateri itu bertahan lebih lama berbanding jenama lain.

Battery Management System (BMS) adalah satu ciri penting dalam bateri lithium-ion Dynavolt untuk memastikan bahawa semua sel mempunyai kadar pengecasan yang sama.
Dengan cara ini, bateri akan tahan lebih lama, selain memastikannya selamat digunakan dan mengelak daripada menjadi terlalu panas.
Kelebihan bateri lithium-Ion Dynavolt termasuklah 3.5 kali lebih ringan berbanding bateri asid plumbum, kitaran pengecasan sehingga 5,000 kali, kecekapan tenaga sehingga 96 peratus dan kurang pelepasan karbon.
Dari segi saiz, bateri lithium-Ion lebih kecil dan mudah disimpan kerana tidak mengandungi cecair. Sebagai contoh, bateri motosikal biasa mempunyai berat 2.2kg, manakala bateri litium-ion hanya mempunyai berat 650g.
Sebagai perbandingan, bateri litium-ion dengan kapasiti 50Ah (Ampere-hour) menghasilkan 25,000Ah, sementara bateri asid plumbum dengan kapasiti 100Ah hanya menghasilkan 5,000Ah.
Bateri Dynavolt lithium-ion dijual pada harga RM199.00 dan boleh didapati dari pengedar seluruh Malaysia atau melalui atas talian, Gomoto.com.my.
- BACA: HONDA CUB E:, DAX E: DAN ZOOMER E: DIPERKENAL DI CHINA, GUNA BATERI!
- BACA: YOUTUBER PANDU UJI BYD ATTO 3 DENGAN BATERI 60 KWH, BOLEH DIPANDU LEBIH JAUH BERBANDING UJIAN WLTP
- BACA: BATERIKU.COM JALIN KERJASAMA DENGAN EMERALD-BREMBO. TAWAR PAD BREK BREMBO UNTUK MYVI, PROTON, HONDA DAN TOYOTA
- BACA: PANASONIC BINA KILANG BATERI EV TERBESAR DI DUNIA DI KANSAS. PELABURAN CECAH RM17 BILION

