Artikel Pilihan

SYARIKAT THAI HASILKAN REPLIKA LIGHTNING MCQUEEN DARI TOYOTA – TERLIUR LA PULAK TENGOK

Kreativiti memang bukan semua orang ada. Macam sebuah syarikat di Thailand yang sebelum ini cukup terkenal kerana menghasilkan replika model-model supercar eksotik seperti Lamborghini dan Ferrari daripada model-model sports Jepun. Kini mereka muncul dengan projek terbaru iaitu Lightning McQueen dari filem animasi keluaran Pixar, Cars. Ni buka setakat budak-budak tapi orang tua macam kami pun terliur tengok.

Berbeza daripada awek McQueen dalam filem tersebut yang 99 peratus menyerupai Porsche 911 sebenar, McQueen sebenarnya lebih mencabar untuk dihasilkan. Tapi tak sukar sangat kalau tau caranya kerana McQueen ini sebenarnya sebuah jentera perlumbaan Nascar, dan ia sebenarnya tidak menyerupai mana-mana kereta sebenar. Menariknya syarikat ini berjaya menghasilkan rekaan yang hampir 90 peratus sama dengan rekaan badan McQueen menggunakan Toyota Celica (1994-1999) sebagai asas.

Bayangkan watak animasi dengan liveri istimewa di atas warna latar merah cili, lampu sebenar menggantikan lampu pelekat McQueen dan wajah tersenyum pada bumper hadapan yang mampu dijelmakan di dunia sebenar. Tapi tak adalah 100 peratus sama, biasalah tu. Macam mainan yang dikeluarkan tanpa lesen daripada pemilik hakcipta, mana boleh sama seratus peratus. Adidas jadi Abibas gitu.

Untuk projek terbaru ini syarikat yang berpangkalan di Chon Buri ini telah mengubah suai setiap bahagian panel badan Toyota Celica tersebut kecuali bahagian bumbung sekaligus menghilangkan identiti sebenar kereta ini. Malah rekaan fender baharu depan dan belakang jauh lebih lebar berbanding Celica GT-Four dengan rekaan belakang yang ditegakkan ala jentera Nascar sebenar.

Menariknya mereka turut melengkapkan kereta ini dengan lampu hadapan dan belakang yang berfungsi sepenuhnya selain kelihatan cukup ‘sekufu’ dengan rekaan McQueen Thailand ini.

Sentuhan terakhir tentunya kemasan cat merah cili dengan hiasan grafik perlumbaan berwarna kuning selain tulisan “Lightyear” pada sisi tayar. Cermat betul diorang buat kerja. Itu belum termasuk paip ekzos di bahagian sisi dan gigi McQueen yang putih melepak di hadapan.

Bukan itu sahaja, syarikat P.S. Modify ini juga telah menyiapkan sebuah lagi McQueen dengan liveri Dinoco dari filem “Cars 2”. Model kedua ini menggunakan spoiler belakang yang lebih besar dan memiliki senyuman yang sedikit berbeza berbanding model pertama.

Okey bab hiasan mata pada bahagian cermin tu mungkin akan menghalang pandangan jadi baik buang la sebelum memandu. Bahagian casis dan enjin daripada Celica mungkin mengurangkan masalah berbanding menggunakan enjin jentera AS yang bersesaran lebih besar. Cuma rekaan hadapan mungkin akan menghalang kemasukan udara dari hadapan, tak elok juga tu untuk sistem sejukan. Bawa dekat-dekat okey kot.

Tapi serius cakap la, kereta ni memang akan membuatkan pemilik Lamborghini dan Ferrari di hadapan Pavilion merasa rendah diri. Cuma satu je kekurangan, tak boleh buka bumbung macam Miata. Okey babai.

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button