Artikel Pilihan

FAKTA PENJAGAAN NISSAN SKYLINE R34 GTR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang kos penjagaan sebuah Nissan Skyline R34 GTR. Mungkin dengan penerangan saya ini mampu membantu anda mencongak bajet untuk menyelenggara jentera ini.

Segala fakta serta spesifikasi tentang jentera ini telah saya huraikan pada artikel lepas dan artikel ini adalah kesinambungan daripadanya.

🛠SERVIS

🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 4.9 Liter. Spesifikasi kelikatan minyak adalah 7.5W-30. Mana nak cari kan ? Dengan keadaan iklim kita, kelikatan yang disarankan adalah 5W-40 Fully Synthetic. Sebaiknya pilihlah jenama yang dipercayai dan bukannya sibuk “claim” ibu segala minyak. Kosnya adalah dalam lingkungan RM300-RM600. Kalau pakai minyak yang berjenama seperti Motul mungkin harganya tinggi sedikit. Tapi, untuk RB26DETT kesayangan takkan lah nak berkira kan ? Haha

🔧Transmission Service Package
Kenderaan ini menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan manual dengan kod FS6R93A. Selain itu, ia juga mempunyai unit Front Differential, Transfer Case dan Rear Differential dimana komponen-komponen ini juga perlu diservis. Berikut merupakan jenis minyak dan kapasiti yang diperlukan bagi setiap komponen :-
Manual Transmission Oil – Nissan Getrag Transmission Oil/Toyota V160 Transmission Fluid (1.8L)
Front Differential – 80w-90 (1 L)
Rear Differential – 75w-90 LSD (1.6L)
Transfer Case – ATF Dexron II (1.8L)

Semua nampak normal kecuali Manual Transmission Oil. Untuk pengetahuan, spesifikasi minyak gear untuk transmisi ini agak pelik. Ia memerlukan ATF dan bukannya MTF. Ye ATF, minyak gear Auto. Selain daripada spesifikasi diatas, minyak berjenama lain yang disyorkan adalah seperti berikut :-

  1. Esso Dexron D21065
  2. Castrol Transmax Z
  3. Royal Purple Syncromax
  4. Toyota ATF Type IV

Selain daripada minyak diatas, tidak disyorkan. Kos untuk menukar semua minyak ini adalah dalam lingkungan RM800-RM1,500 bergantung kepada jenama minyak yang anda gunakan. Eh kejap, Toyota ? Ye, kotak gear BNR34 dan Supra sama bossku.

🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS

Setiap kereta yang dicipta tidak akan dapat lari daripada “wear & tear parts” habis atau rosak.

Baiklah, kita mulakan.

🔧Front Brake Pad
Set brek hadapan R34 GTR ini menggunakan angkup brek 4 piston dari Brembo. Jadi, janganlah sangka yang harga pad akan murah, walaupun memang ada yang “mur-mur” di pasaran. Tapi, ini brek, jangan buat main. Nilai 0-100km/h mungkin penting buat anda, tetapi nilai 100-0km/h lagi penting sebenarnya. Jangan pakai pad brek bukan-bukan. Pad brek dari jenama seperti Endless, Project MU, NISMO, dan Dixcel boleh didapati dengan harga dalam lingkungan RM650-RM1,400.

🔧Rear Brake Pad
Set brek belakang jentera ini dilengkapi dengan angkup brek 2 piston dari Brembo. Jadi, harga pad breknya tak lah mahal sepertimana depan. Harganya dalam lingkungan RM400-700. Ingat, jangan pakai jenama pelik-pelik.

🔧Brake Disc/Rotor
Kualiti brake rotor juga memainkan peranan penting di dalam fungsi brek. Jikalau anda memakai rotor yang rendah kualitinya, unit rotor tersebut akan mudah bengkok serta retak. Jenama yang disyorkan adalah seperti jenama pad brek diatas. Harga bagi keempat-empat unit rotor adalah dalam lingkungan RM4,000-RM8,000 bergantung kepada jenama. Kalau nak lagi mahal boleh, Rotor jenama Biot Gout depan sahaja dah lebih RM5k. Tepuk dada tanya selera.

🔧Clutch
Transmisi Manual sudah semestinya memerlukan unit klac sebagai medium penghantaran kuasa. Namun, unit klac ada jangka hayatnya. Sampai masa ia akan habis dan perlu ditukar. Memandangkan alat ganti asal memang susah nak dapat, nak tak nak memang kena pakai alat ganti Aftermarket. Untuk unit klac ini, antara model yang boleh dipilih adalah seperti berikut :-

  1. NISMO Sport Clutch Kit Copper Mix
  2. NISMO Super Copper Mix Twin Plate Clutch
  3. Exedy Hyper Single VF Clutch Kit
  4. ATS & Across Carbon Triple Pull Cover Clutch Kit Spec 2
  5. ATS & Across Carbon Twin Pull Cover Clutch Kit Spec 2
  6. OS Giken STR2CD Twin Plate Clutch Kit

Harga pula yang paling murah bermula pada lebih kurang RM4,800-RM13,000. Bergantung pada jenama. Bagi saya, NISMO Sport Clutch Kit Copper Mix dah cukup.

🔧Tayar
Saiznya adalah 245/40R18. Model dan harga cari sendiri. Bersepah-sepah kedai tayar di sekeliling anda. Haha. Jangan malas.

🔧Absorber
Sampai masanya, mana-mana absorber pun akan hilang keupayaannya. Bagi model R34 GTR ini, set absorber bagi GTR, V-Spec, V-Spec II dan M-Spec adalah berbeza. Alat ganti untuk setiap model ini juga agak sukar didapati. Tidak mustahil, cuma sukar. Namun, banyak pengeluar Aftermarket mengeluarkan produk alternatif untuk komponen ini. Termasuklah pihak NISMO sendiri. Antara model yang disyorkan adalah seperti berikut :-

  1. NISMO S-Tune Suspension System
  2. Ohlins Type HAL DFV Rubber Upper Mounts
  3. CUSCO Street Zero A Red
  4. Mine’s ESTA

Harga adalah dalam lingkungan RM8,000-RM28,000. Bergantung kepada jenama. Mahal ? Lihat balik jentera anda. Itu R34 GTR, bukan Almera.

🔧Belt
Enjin RB26DETT ini mempunyai 3 unit belt untuk memacu :-

  • Alternator & Kipas – 4PK875
  • Aircond Compressor – 4PK910
  • Power Steering Pump – 4PK970

Diatas juga saya sudah memberikan spesifikasi bagi setiap unit belt. Kalau jenama Mitsuboshi tu takdelah mahal sangat kut ? Haha. Anggaran dalam lingkungan RM100-RM300 bagi ketiga-tiga unit belt. Kalau pakai yang berjenama seperti HKS harganya akan lebih mahal.

🔧Spark Plug
Memandangkan RB26DETT ini mempunyai 6 silinder, maka 6 biji Spark Plug diperlukan. Pemilihan Spark Plug juga penting untuk mendapatkan kuasa yang optimum. Oleh itu, kenal pasti kuasa enjin anda dahulu sebelum membeli Spark Plug. Jika stok, Heat Range 7(NGK) sudah memadai, kalau sudah dimodifikasi, lagi tinggi lagi bagus contohnya Heat Range 8 atau 9. Antara jenama yang boleh dipilih adalah :-

  1. NGK R7436
  2. NGK Iritop
  3. Trust Greddy Racing Plug
  4. Blitz Racing Spark Plug
  5. HKS Super Fire Racing

Harga adalah dalam lingkungan RM350-RM900 bagi satu set.

🔧Ignition Coil
Ignition Coil merupakan komponen yang penting dalam Sistem Penyalaan Enjin. Jika komponen ini rosak atau tidak berfungsi dengan betul, maka misfire lah enjin anda. Jika rosak, kos bagi satu unit Ignition Coil adalah dalam RM350-RM500. Selain itu, ramai juga yang menukar set Ignition Coil mereka ke jenama seperti Splitfire dan Okada Projects. Oh ya, Ignition Coil daripada R35 GTR pun boleh digunakan dengan sedikit modifikasi. Mahal tak Okada Projects tu ? Mahal. Dalam lingkungan RM6,000 satu set.

🔧Timing Belt
Timing Belt ni harganya takdelah mahal sangat. Dalam RM600 lebih je. Upah tu bergantung pada workshop. Jenama yang disyorkan adalah seperti NISMO, HKS, Tomei dan OS Giken. Dah alang-alang tukar tu, tukar sekali unit Tensioner Bearing, Idler Pulley dan Camshaft Oil Seal. Kosnya dalam lingkungan RM700-RM900.

🔧Engine & Gearbox Mounting
Bila enjin mampu menghasilkan kuasa yang tinggi, secara logiknya ia akan memberi tekanan yang tinggi kepada unit Mounting. Bila rosak, kos untuk menukarnya adalah dalam lingkungan RM1,500-RM2,500

🔧Oil Pump
RB26DETT ni memang ada masalah sikit dengan Oil Pump. Jangan buat main, masalah ini boleh mengorbankan enjin anda. Adalah disyorkan untuk menukar komponen ini dengan yang lebih baik seperti Oil Pump dari model N1. Akan tetapi, sekarang agak susah nak jumpa. Alrernatifnya boleh gunakan Oil Pump dari Reimax, NISMO, HKS dan Tomei. Harga dalam lingkungan RM5,000-RM8,000.

🔧Air Filter
Air Filter asal memang susah nak dapat. Alternatifnya, boleh gunakan dari jenama NISMO, ARC dan Apexi. Kos dalam lingkungan RM180-RM650. Apa ? Apa barang piping standard kan ? Intake Kit ? Boleh. Paling ngam pakai NISMO Factory Line Air Inlet Pipe + Air Cleaner Box. Kosnya dalam lingkungan RM38,500. Kahkahkah. Mahal ? Barulah hobi kami mahal bossku !

🔧Radiator
Sampai masa, unit radiator akan bocor juga. Kalau dah bocor tukar je terus yang lebih baik kualitinya. Contohnya unit radiator dari jenama Trust GReddy, ARC, Sard dan HPI. Kosnya dalam lingkungan RM1,800-RM7,000 bergantung kepada jenama.

🔧Waterpump & Thermostat
Untuk unit waterpump, adalah disarankan menggunakan unit daripada model N1. Harga adalah dalam lingkungan RM2,500-RM3,500. Alang-alang, tukar sekali thermostat. Antara jenama yang disyorkan adalah seperti Billion, Sard dan NISMO. Kosnya adalah dalam lingkungan RM250-RM500.

🔧Aircond Compressor
Kita kena faham yang Aircond Compressor merupakan benda bergerak(Moving Item). Apabila bergerak, ia mempunyai jangka hayat. Lagi lah di Malaysia ini Aircond memang satu keperluan. Jika komponen ini rosak harganya dalam dalam lingkungan RM6,000-RM8,000

🔧Alternator
Satu je, jangan lah rosak. Kalau rosak ? Kerugian dianggarkan dalam lingkungan RM3,000-RM4,000

🔧Starter Motor
Ini juga merupakan kes terpencil. Tapi tidak salah untuk kita ambil tahu. Kos bagi seunit Starter Motor adalah dalam lingkungan RM2,500-RM3,500

Jika dilihat dengan angka-angka diatas, untuk menjaga jentera ini tidaklah murah. Tetapi ianya juga tidaklah terlalu mahal berbanding dengan kereta buatan eropah. Jepun tetap Jepun.

Jika anda berniat untuk membeli jentera ini, jumpa lah orang yang pakar dan tahu selok belok jentera ini. Seeloknya anda berkawan dengan orang bengkel, bengkel membaik pulih dan bengkel “bodyshop”. Ini kerana mereka mampu membantu anda memeriksa jentera itu sama ada ianya berbaloi dimiliki atau tidak. Tapi bila dah minta tolong tu, hulur-hulur lah sedikit sebagai tanda penghargaan. Masa itu emas dan masa itu duit. Mereka sanggup meluangkan masa membantu anda. Melainkan jika mereka menolak.

Kesimpulannya, Pre-Purchase Inspection adalah penting sebelum membeli apa pun kenderaan. Ia dapat menyelamatkan poket anda daripada mengeluarkan bajet yang tidak perlu. Selepas membuat Pre-Purchase Inspection, minta “Repair Quotation” dan bincang kembali dengan pihak penjual tentang kos membaik pulih. Bukan apa, ini adalah untuk memuaskan kedua belah pihak. Tidak mahu lah selepas urusan jual beli dilaksanakan, akan timbul cakap-cakap belakang. Biar dua-dua pihak puas hati. Suka saya ingatkan, akhiri urusan jual beli/muamalat dengan akad.

Sekian, Terima Kasih.

Google ads
Back to top button