Motosikal

MOTOGP SEPANYOL: LOKASI ISTIMEWA OLIVEIRA DAN PELUANG HAFIZH BUKTIKAN KEUPAYAAN

Pusingan MotoGP di Jerez merupakan satu acara yang istimewa untuk pelumba rookie Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira kerana ia adalah lokasi MotoGP yang paling hampir dengan tanah air beliau, Portugal. Untuk rekod Oliveira sudah pun memperolehi mata daripada 2 perlumbaan termasuk tempat ke-11 sewaktu di Argentina di mana beliau bersaing hebat dengan pelumba factory KTM, Pol Espargaro.

Oliveira mengakui yang beliau memang  gemarkan litar ini kerana ia berdekatan dengan kampung halaman beliau selain akan menyaksikan kedatangan beramai-ramai warga Portugal untuk menyaksikan MotoGP di sini. Beliau juga tertunggu untuk berlumba di sini selepas kali terakhir melakukannya pada sesi ujian November lepas.

Sudah tentu kali ini beliau berharap untuk meraih lebih banyak mata selain memperbaiki kaedah menunggang. Oliveira kini berada pada kedudukan keempat Rookie of the Year di belakang Fabio Quartararo, Joan Mir dan Francesco Bagnaia.

Ketika Oliveira sedang bergembira dengan pungutan mata sulung beliau lain pula nasib yang menimpa pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin. Beliau masih gagal meraih sebarang mata dan sudah dua kali menamatkan perlumbaan di tempat tercorot.

Pada masa ini semuanya kelihatan agak sukar jelas Hafizh. Mereka bergelut pada pusingan pertama, bangkit sedikit pada pusingan kedua dan kembali menurun pada pusingan ketiga. Beliau sendiri tidak memahami apa yang berlaku tetapi akan terus berjuang.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Pasukan Tech3 dilihat sedang berusaha keras membuatkan Hafizh merasa lebih bersedia. Beliau juga membuat persediaan fizikal yang lebih keras sebagai persediaan sebelum perlumbaan di Jerez hujung minggu ini.

Sama seperti bekas rakan sepasukan beliau Johann Zarco, Hafizh berharap alat ganti KTM yang bakal sampai hujung minggu ini akan membantu memberi kelebihan sekaligus mengubah nasib beliau.

Menurut Herve Poncharal, pengurus pasukan Tech3, Hafizh sudahpun menguji litar ini bersama mereka hujung tahun lepas dan beliau yakin Hafizh sudah semakin memahami jentera KTM RC16 dengan lebih baik.

Sepanyol boleh dikatakan rumah kedua Hafizh kerana disinilah pengkalan mereka sewaktu musim MotoGP Eropah. Kami mengjangkakan persaingan sengit akan berlaku di antara kedua-dua pelumba kami dan ia diharapkan akan meningkatkan skil kedua-duanya.

Harap-harap kali ini tuah akan menyebelahi pasukan Red Bull KTM Tech3 khususnya pelumba negara kita, Hafizh Syahrin.

Tags
Google ads
Back to top button