
Buletin
APA YANG MENARIK TENTANG MODEL HYPERCAR McMURTRY SPÉIRLING
Tanggapan anda barangkali silap jika menyangka ini adalah sebuah model sport kecil yang biasa – biasa. Ini adalah model McMurty Spéirling, sebuah hypercar elektrik yang paling hyper agaknya. Jom kita baca alkisah McMurty Spéirling ini apa yang menarik tentangnya.
- Model McMurty Spéirling ini adalah merupakan sejenis fan car yang dihasilkan daripada visi sang pengasas, mendiang Sir David McMurty yang telah pun meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
- McMurtry Automotive selaku firma yang bertanggungjawab untuk membangunkan model hypercar ini telah pun ditubuhkan pada tahun 2016 oleh mendiang Sir David McMurty ini dengan membangunkan sebuah model hyper yang diberi nama Spéirling (dalam aksen Ireland ianya membawa maksud ribut petir)

- Menurut mendiang, model Spéirling ini dihasilkan bagi mencabar trend industri kenderaan yang semakin berat dan, dengan menggunakan reka bentuk prinsip pertama, mencipta kereta pemandu elektrik yang ringan.
- Dan menarik tentang model Spéirling ini adalah ianya menggunakan teknologi kipas berkuasa tinggi untuk menghasilkan downforce sehingga 2000 kg tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada Wing bersaiz ampaian rumah kampung yang besar agak.
- Dibangunkan tanpa sebarang hebahan daripada media, McMurty Spéirling mula membuat debut pada tahun 2021 di Goodwood Festival of Speed dengan dipandu model prototaip tersebut oleh Derek Bell, seorang pelumba lagenda dari Britain.
- Kemudiannya barulah ianya mula diuji dan dikongsikan kepada masyarakat apabila McMurty Spéirling ini diberikan kebenaran untuk menjalani ujian di Litar Donington Park buat pertama kali dengan jayanya.
- Pada tahun 2023, ianya kembali menyertai Goodwood Festival of Speed tetapi kali ini dengan model Validation Prototype (VP1) telah didedahkan secara rasmi.

- Dengan pra-produksi telah pun dimulakan pada penghujung 2024, kini ianya menunggu masa untuk dihantar kepada para pendeposit yang telah membayar duit cengkeram untuk menerima model hypercar McMurty Spéirling yang hanya mempunyai satu tempat duduk ini.
- Dengan dimensi 1.02m tinggi x 1.58m lebar x 3.45m panjang, sememangnya ianya dilihat sebuah jentera yang cukup kecil tetapi cukup laju.
- Dengan kuasa maksima 1,000 HP (745 kW) ianya berupaya memecut dari titik pegun ke 60 bsj hanya dalam tempoh 1.5 saat sahaja. Gila! Kelajuan maskima pula 190 mph (306 km/j).
- Menggunakan pakai sistem bateri 100 kWh, ianya mampu mengecas secara pantas hanya dalam tempoh 20 minit sahaja.
- Rekaan Carbon Fibre Monocoque telah digunakan sebagai memenuhi piawaian sukan permotoran manakala rekaan pedal dan stereng boleh dilaras yang mampu memuatkan pemandu berukuran sehingga 7′ kaki dan 150 kg.
- Secara keseluruhan, hanya sejumlah 100 unit sahaja akan dihasilkan dengan harga jualan £895,000 (RM5,180,103) tidak termasuk cukai dan penghantaran. Ada duit pun belum tentu dapat beli ni oi!
BACA : MCMURTRY SPÉIRLING KERETA HIPER ELEKTRIK PERTAMA DIPANDU TERBALIK DARI PEGUN!



