Buletin

APLIKASI POMEN JALIN KERJASAMA DENGAN PETRONAS AUTOEXPERT

Kesibukan tugas dan keluarga kadang-kala membuatkan kita terlupa atau tidak sempat untuk menghantar kereta untuk servis berkala. Lebih malang lagi kalau kereta meragam di tengah jalan, urusan kerja pun mesti tergendala. 

Kini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana aplikasi telefon pintar POMEN membolehkan pemandu mendapatkan bantuan dan tempahan daripada bengkel berdekatan. Ekosistem bantuan 24 jam/7 hari seminggu itu menjadi penyelesaian terbaik untuk anda. 

Sejak beroperasi pada tahun 2019, POMEN kini telah dimuat turun oleh lebih 20,000 pengguna. Ketika wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa cabaran baru buatsemua. Namun, POMEN memandang ia sebagai satu batu loncatan untuk perkembangan perniagaan.

“Kami dapati selepas PKP 1 pada Mac 2020, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50 peratus. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan servis seperti menukar bateri dan minyak enjin di rumah apabila kereta tidak digunakan pada masa yang agak lama. 

“Dengan aplikasi POMEN, pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa yang mereka rasa sesuai,” kata kata Ketua Pegawai Eksekutif POMEN Autodata Sdn. Bhd., Syed Zulhilmi Tuan Sharif.

Sehingga kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar di dalam aplikasi POMEN yang bertumpu di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, serta beberapa bandar besar. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah servis kenderaan, menukar bateri atau jump-start, tukar tayar serta membaiki kerosakan kenderaan. Jaminan yang diberikan ialah perkhidmatan jejak masa nyata, harga yang telus serta keahlian percuma. Ia bagi mengelakkan sebarang penipuan oleh bengkel yang tidak bertauliah.

Dengan penambaikan versi baru baharu pada Mac 2021, POMEN telah bekerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia. Ia menyaksikan rangkaian 9 cawangan bengkel PETRONAS AutoExpert di Lembah Klang menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar dalam aplikasi POMEN.

POMEN merupakan penerima dana CIP Ignite (II) daripada Cradle dan  pemenang PETRONAS FutureTech Accelerator Programme. 

Aplikasi POMEN boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store Apple App Store atau secara terus di https://download.pomenapp.com

Google ads
Back to top button