Buletin

APRILIA SR GT REPLICA KINI DI MALAYSIA – JANA 17.4HP, HARGA BERMULA RM20K

Pengedar rasmi Aprilia, Didi Resources hari ini secara rasmi melancarkan jentera yang ditunggu-tunggu untuk pasaran tempatan iaitu SR GT Replica.

Dari segi penggayaan, ia tampil menonjol dengan warna hitam matte bersama grafik merah dan ungu, diinspirasikan daripada jentera Aprilia RS-GP.

Ia diserlahkan lagi melalui logo Aprilia yang diletakkan di bahagian sisi selain, terdapat rim berwarna hitam dan merah.

Untuk rekod, SR GT Replica menggunakan tayar jenis all terrain yang digunakan pada versi Standard dan Sport.

Selain itu, pemegang tangan untuk pembonceng juga dicat warna hitam matte.

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin 174cc SOHC dengan sejukan cecair dan suntikan bahan api.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 17.4hp dan 16.5Nm tork serta dipadankan dengan transmisi CVT.

Untuk harga pula, Aprilia SR GT Replica boleh dimiliki pada harga bermula dari RM20,900.

GALERI:

Google ads
Back to top button