APRILIA RS660 EXTREMA RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM79K
Selain Aprilia SR GT Replica, Didi Resources turut melancarkan Aprilia RS660 Extrema dengan harga jualan bermula RM79,900.
RS 660 Extrema memberi tip skala dengan berat kering yang menakjubkan iaitu 166kg dan menetapkan standard baharu dari segi nisbah berat kepada kuasa.
Perincian menarik jentera ini termasuklah didatangkan dengan ekzos gentian karbon SC Project dan Menurut Aprilia, ekzos ini adalah lebih ringan.
Tambahnya lagi, lebih penting adalah ekzos gentian karbon SC Project ini sah digunakan di jalan raya.
Selain itu, RS660 Extrema juga disertakan bersama mudguard hadapan dan belly pan diperbuat daripada gentian karbon sekaligus dapat mengurangkan lagi berat keseluruhan jentera.
Jentera ini juga dibekalkan dengan ciri elektronik seperti Cornering ABS, Traction Control, Engine Brake dan Wheelie Control.
Ciri tambahan Extrema ialah penunggang boleh menetapkan Quickshifter kepada mod perlumbaan.
Seperti dinyatakan di atas, Aprilia RS660 Extrema boleh dimiliki pada harga bermula RM79,900 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
GALERI:
- BACA: APRILIA SR GT REPLICA KINI DI MALAYSIA – JANA 17.4HP, HARGA BERMULA RM20K
- BACA: APRILIA ALL STARS SUMBANG €200,000 BANTU MANGSA BANJIR DI EMILIA ROMAGNA
- BACA: APRILIA SR GT 200 2023 KINI HADIR DENGAN 3 KALI SERVIS PERCUMA. HARGA KEKAL BERMULA RM19K
- BACA: APRILIA TUONO 660 FACTORY 2022 TIBA DI MALAYSIA, 100HP, HARGA BERMULA RM73K