
APRILIA TUONO 660 FACTORY 2022 TIBA DI MALAYSIA, 100HP, HARGA BERMULA RM73K
Aprilia Tuono 660 Factory 2022 kini berada di pasaran Malaysia dan tampil lebih ringan serta lebih berkuasa.
Aprilia Tuono 660 Factory 2022 kelihatan lebih agresif dan sporty dengan kemasan corak grafik Factory Dark serta digayakan lagi dengan ‘single-seat tail fairing’ berwarna hitam dan merah. Ia turut mendapat ‘footpegs’ tersedia standard di bahagian penumpang.
Hasil daripada penggunaan bateri lithium yang ringan, ia membolehkan berat Aprilia Tuono 660 Factory 2022 dikurangkan 2kg. Jumlah berat keseluruhan Aprilia Tuono 660 Factory kali ini ialah 181kg.
Walau bagaimanapun, suspensi masih sama seperti Tuono 660 biasa, iaitu menggunakan fork Kayaba 41mm boleh laras sepenuhnya di hadapan dan monoshock Sachs di bahagian belakang.
Tuono 660 Factory 2022 menyediakan lima mod tunggangan selain terdapat penambahan IMU six-axis untuk memberikan input kawalan tambahan kepada Traction Control, Wheelie Control dan juga Cornering ABS. Turut tersedia adalah Engine Braking Control boleh laras serta cruise control.
Untuk brek depan dan belakang, ia mendapat angkup Brembo bersama cakera 320 mm berkembar dan 220 mm.
Bahagian yang dipertingkat pada Aprilia Tuono 660 Factory 2022 adalah enjin, di mana jumlah kuasa kini meningkat kepada 100hp, berbanding 95hp sebelum ini. Manakala jumlah tork kekal pada 67Nm.
Ia dipadankan dengan transmisi unit enam kelajuan serta quickshifter yang diberikan standard. Aprilia turut menukar sprocket 16/43 untuk pecutan menjanjikan.
Harga jualan Aprilia Tuono 660 Factory 2022 adalah RM RM73,900 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan juga pendaftaran.
GALERI:



















- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER MAXI SR MAX 250 DI CHINA. MASUK MALAYSIA PLEASE…
- BACA: SKUTER URBAN ADVENTURE APRILIA SR GT 200 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, BERMULA RM19,900
- BACA: APRILIA SR GT 200 BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA. HARGA RM20K?
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER ADVENTURE SR GT 125 & 200. MAMPU GUGAT HONDA ADV?