
APRILIA SR GT 200 2023 KINI HADIR DENGAN 3 KALI SERVIS PERCUMA. HARGA KEKAL BERMULA RM19K
Aprilia SR GT 200 yang mula melakukan debut di Malaysia pada tahun 2022 nyata mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya dijual lebih 500 unit.
Dengan perkembangan itu, pengedarnya Didi Group yakin 2023 akan menjadi tahun yang lebih baik buat jenama Aprilia di sini.
“Didi Group bangga untuk menjadi antara jenama motosikal pertama yang menawarkan servis percuma sebanyak tiga kali bagi semua pembelian baharu Aprilia SR GT 200 2023. Skuter ini juga hadir dengan jaminan selama tiga tahun.

Servis percuma itu juga terpakai pada model 660cc dan 1100cc Aprilia yang juga hadir dengan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan.
“Kami faham bahawa hampir semua barang harganya naik, jadi harga Aprilia SR GT 200 kekal bermula RM19,000 seunit. Kami kini sedang membangunkan komuniti khas untuk Aprilia SR GT 200 bagi memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan,” jelas Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee.
Semalam, Didi Group menganjurkan majlis ramah mesra dengan pelumba Aprilia Raciang Team MotoGP iaitu Aleix Espagaro, Maverick Vinales dan Lorenzo Savadori sempena sesi Ujian Musim Sejuk di Litar Sepang.
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER MAXI SR MAX 250 DI CHINA. MASUK MALAYSIA PLEASE…
- BACA: SKUTER URBAN ADVENTURE APRILIA SR GT 200 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, BERMULA RM19,900
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER ADVENTURE SR GT 125 & 200. MAMPU GUGAT HONDA ADV?
- BACA: APRILIA DEDAH GPR250R DI PASARAN CHINA. RM17,000 SEUNIT