Buletin

ARMOR ALL® DAN ORACLE RED BULL RACING LANCAR SIRI ARMOR ALL® PODIUM UNTUK PASARAN MALAYSIA

Armor All®, jenama terkemuka dalam penjagaan kenderaan di bawah naungan Energizer Holdings Inc., mengumumkan pelancaran rasmi Siri Podium Armor All® yang dibangunkan bersama pasukan Oracle Red Bull Racing.

Siri Armor All® Podium tampil dengan teknologi seramik hibrid berasaskan SiO₂ (silikon dioksida) yang memberikan perlindungan maksimum terhadap air dan kotoran sambil memastikan permukaan kekal berkilat dan tahan lama.

Selain itu, rekaan produknya turut mementingkan kelestarian dengan penggunaan botol PET kitar semula serta picu semburan ergonomik yang memudahkan penggunaan.

Antara produk yang ditawarkan dalam siri ini termasuk:

  1. Hybrid Ceramic Wash & Shine – Sabun mencuci kereta dengan buih yang meninggalkan perlindungan berkilat dan kalis air.
  2. Hybrid Ceramic Tire Shine – Memberi kilauan kekal pada tayar sehingga empat minggu.
  3. Hybrid Ceramic Exterior Detailer – Menyegarkan warna permukaan luaran termasuk vinil dan pelekat dengan lapisan perlindungan berkilat.
  4. Interior Detailer – Membersih dan melindungi permukaan dalaman serta skrin digital dengan perlindungan UV dan kemasan semula jadi.
  5. Hybrid Ceramic Protectant – Pelindung serbaguna yang mengurangkan habuk dan kotoran dengan perlindungan UVA dan UVB.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, orang ramai dijemput menyertai pengalaman eksklusif Armor All® Podium di Elmina Lakeside Mall pada hujung minggu 21 dan 22 Jun 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan perkhidmatan cucian kereta percuma ditawarkan kepada semua pengunjung.

Siri Podium Armor All® kini boleh didapati di rangkaian pengedar terpilih di seluruh Malaysia serta platform e-dagang utama.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti Armor All® di Instagram, Facebook, atau layari www.armorallpodiumseries.com.

GALERI:

Google ads
Back to top button