Buletin

AS BAKAL LAKSANA LARANGAN PENGUNAAN PERISIAN DARI CHINA DAN RUSIA DALAM KENDERAAN

Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk melaksanakan larangan ke atas penggunaan perisian dan perkakasan dihasilkan oleh China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

Jabatan Perdagangan AS dijangka akan mengumumkan peraturan yang dicadangkan seawal hari Isnin, menurut sumber.

Peraturan baru ini akan memberi tumpuan kepada teknologi pemanduan automatik dan sistem komunikasi kenderaan yang menggunakan perisian dari negara-negara tersebut.

Ia bertujuan untuk melindungi kenderaan daripada risiko serangan siber yang boleh berlaku melalui sambungan internet atau perkhidmatan awan.

Menurutnya, kenderaan moden, termasuk yang menggunakan enjin petrol dan elektrik, semakin bergantung pada teknologi ini.

Selain melindungi privasi pengguna, peraturan ini juga bakal melindungi industri automotif Amerika Syarikat daripada persaingan yang tidak adil.

Kenderaan yang menggunakan teknologi bersambung dari China mungkin akan dilarang dijual di AS, terutamanya kerana banyak pengeluar kereta Cina telah mula menembusi pasaran antarabangsa dengan produk mereka.

Langkah ini turut menyusul tindakan sebelumnya pada bulan Mei, apabila pentadbiran Biden mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan elektrik buatan China.

Dedah laporan baru-baru ini, larangan yang dicadangkan ini dijangka dikuatkuasakan secara berperingkat mulai Januari 2025, selepas tempoh komen selama 30 hari.

Langkah ini akan memberi masa kepada industri automotif AS untuk membina rantaian bekalan mereka sendiri bagi kenderaan, sambil menghalang syarikat China daripada mengumpul data pemandu AS.

Google ads
Back to top button