Artikel Pilihan

GELANG OMBOH – NAMPAK RINGKAS TAPI CUKUP PENTING BAGI ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN

Apa benda gelang omboh ni? Piston ring daa… saja bagi nampak jiwa kebangsaan sikit. Kenapa tak panggil cincin omboh? Sebab cincin kecil sangat. Gelang okey la sikit. Apa pun gelang omboh atau pun biasa kita sebut piston ring merupakan komponen penting dalam enjin ICE.

Ia memang berbentuk gelang, cukup tipis dan ringkas tapi mempunyai fungsi yang cukup penting. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan tekanan di dalam kebuk pembakaran dan membantu mengelakkan minyak dari pelincir dari memasuki kebuk pembakaran. Sains di sebalik komponen kecil ini sememangnya menakjubkan.

Saluran Youtube New Mind telah menghasilkan satu video khas mendalam tentang gelang omboh. Bagaimana konsep asal ditemui dan bagaimana ia dibangunkan selama berdekad lamanya. Ia tak sama konsepnya dengan gelang kesihatan yang korang pakai konon boleh menambahkan tenaga batin tu.

Bukti penggunaan gelang omboh ditemui sekitar tahun 1800 pada enjin lokomotif berkuasa wap. Selepas teknologi berkembang, gelang tadi menjadi semakin maju dan mampu berfungsi dengan lebih baik.

Dari situlah para jurutera mendapat ilham untuk menggunakan tiga gelang omboh. Dua untuk mengekalkan tekanan dan satu lagi untuk menghalang pelincir dari masuk ke kebuk pembakaran. Ia merupakan cara terbaik dan paling efisyen.

Video yang dihasilkan memberikan maklumat mendalam tentang jenis-jenis gelang omboh yang pernah dihasilkan. Ia mempunyai ukuran tertentu untuk tujuan penjimatan dan operasi dalam keadaan mencabar.

Contoh paling menarik diketengahkan oleh New Mind ialah gelang omboh yang digunakan oleh jentera Formula Satu. Berbeza dari kereta biasa yang menggunakan tiga gelang omboh, jentera F1 cuma gunakan dua!

Satu untuk menghalang mintak memasuki kebuk pembakaran dan satu lagi untuk menjaga tekanan dalam kebuk pembakaran tadi. Gelang tekanan di perbuat daripada logam yang disalut tungsten-carbide manakala gelang lagi satu diperbuat daripada titanium. Ia juga memerlukan sistem sejukan berasaskan minyak untuk mengawal suhu pembakaran.

Kredit Motor1.com

Google ads
Back to top button