NYPD GUNA PENYEDUT GERGASI UNTUK ATASI KESALAHAN PAKIR – KREATIF JUGA IDEA NI
Polis bandaraya New York mengeluarkan denda dan saman bernilai ribuan USD setiap hari untuk kesalahan pakir kenderaan. Malah mereka mempunyai unit khas untuk menangani masalah tersebut. Selain mengeluarkan saman, mereka turut menggunakan peralatan lain seperti pengunci tayar. Samalah dengan tempat kita kan? Tapi itu dah biasa sangat dan kini mereka menggunakan senjata terbaru untuk menakutkan pesalah trafik ini.
Caranya ialah dengan melekatkan mangkuk pentedut gergasi pada bahagian cermin hadapan kenderaan bagi menghalang penglihatan pemandu. Ye la, kalau setakat kunci tayar tu mungkin ada yang berani membukanya tapi kalau dah melekat kat cermin macam mana?
Ia hanya boleh dibuka oleh NYPD setelah denda ataupun saman dibayar. Tapi ia hanya akan digunakan untuk pesalah tegar dengan kesalahan berulang-ulang. Kalau hanya sekali dua biasanya memang akan dapat saman je.
Kuat ke kuasa lekatan penyedut gergasi yang diberi nama ‘barnacle’ ni? Boleh tahan sebenarnya. Daya lekatannya ialah sekitar 1000 pound yang bersamaan dengan hampir 454 kilogram. Larat ke nak cabut sendiri dengan tangan?
Cara menggunakannya ialah dengan meletakkannya pada cermin hadapan dan dikunci oleh anggota bertugas. Kenderaan masih boleh dipandu seperti biasa tapi boleh ke nak pandu dengan penglihatan terhalang? Kecuali kalau korang ni Ace Ventura yang memandu dengan kepala di luar tingkap la.
Bertambah lagi satu alat pelik untuk menghalang masalah kesalahan pakir yang selalu dilakukan di mana-mana saja bandar di dunia ini. Rasa-rasa alat ni akan sampai ke Malaysia tak?