Artikel Pilihan

ASEAN NCAP UMUM UJIAN PERLANGGARAN HONDA HR-V DAN BR-V. SKOR 5 BINTANG.

Pada hari ini Asean NCAP mengumumkan 2 lagi keputusan ujian perlanggaran bagi kenderaan jenama Honda iaitu melibatkan model HR-V 2022 dan juga BR-V 2022. Keputusan ini melibatkan model HR-V yang akan dijual di seluruh Asia Tenggara dan juga model buatan Jepun yang dijual di Singapura

Bagi model BR-V iaitu crossover 7 tempat duduk pula, keputusan ini adalah untuk model bagi pasaran Indonesia, Thailand dan juga Filipina. Secara keseluruhan Honda HR-V yang diuji telah diberi penarafan 5 bintang untuk ujian kemalangan Asean NCAP dengan markah keseluruhan sebanyak 81.38%

HR-V mendapat keputusan yang baik dalam perlindungan penumpang dewasa, perlindungan kanak-kanak dan bantuan teknologi untuk mengelakkan kemalangan seperti Effective Braking & Avoidance, sistem peringatan pemasangan tali pinggang keledar dan Advanced Safety Assist Technology melalui sistem Honda Sensing

HR-V cuma gagal mendapat markah yang tinggi dalam perlindungan keselamatan pengguna jalan raya lain apabila tidak ditawarkan dengan kamera 360 darjah. HR-V juga menggunakan sistem visual bagi amaran titik buta hanya mendapat skor 2 daripada 8 markah penuh

Isu yang sama juga melanda model BR-V yang tidak disertakan dengan sistem kamera 360 darjah, selain tidak mendapat markah penuh bagi lampu tinggi automatik dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang keselamatan. Dalam protokol ujian Asean NCAP ini BR-V mendapat skor 77.02%

Berdasarkan kiraan markah semasa, kedua dua model HR-V dan BR-V berjaya mendapat penarafan keselamatan 5 bintang. Anda boleh menonton video ujian perlanggaran yang dihasilkan oleh Asean NCAP bagi model Honda HR-V dan Honda BR-V di bawah.

Ujian perlanggaran Honda BR-V pula boleh ditonton di bawah

Google ads
Back to top button