Buletin

ATLAS AUTO TAWAR EKOSISTEM KETERSAMBUNGAN LEBIH MENYELURUH BERSAMA UOB DAN FIVE

Pada majlis pelancaran rasmi ATLAS baru-baru ini, ACO Tech mengumumkan kerjasama strategik dengan UOB Malaysia, Fass Payment Solutions Sdn Bhd  (Fasspay), pembekal e-dompet label putih berlesen dan syarikat tenaga digital tempatan – FIVE Petroleum Malaysia (FIVE).

Diterajui dan dibangunkan secara tempatan, ATLAS merupakan sistem pengendalian yang dibina sebagai penyelesaian sistem automotif yang beroperasi menggunakan sumber terbuka platform Android 10 dan ke atas.

ATLAS komited dalam membentuk ekosistem automotif baharu yang menghubungkan perisian dan perkakasan, termasuk sistem maklumat hibur dalam kenderaan, aplikasi mudah alih yang dinamakan ATLAS Auto. Selain komunikasi sentuhan manusia seperti teknologi yang boleh diguna pakai bagi menghubungkan kenderaan dengan aplikasi mudah alih.

Direka khusus bagi konsep gaya hidup terhubung manusia yang disepadukan ke dalam pengalaman automotif pemandu, ATLAS merupakan ekosistem berskala yang boleh disesuaikan ke dalam kitaran pembangunan pembuat kereta.

Di bawah perkongsian ini, ACO Tech akan bekerjasama dengan UOB Malaysia, Fasspay dan FIVE bagi menawarkan perkhidmatan terhubung dalam kenderaan secara menyeluryh. Seterusnya memperluaskan ekosistem rakan kongsi ke dalam teknologi hak milik syarikat, ATLAS:-

  • CIRI PEMBAYARAN KENDERAAN: ACO Tech, UOB Malaysia dan Fasspay (pembekal servis teknologi kewangan) akan bekerjasama dalam menghasilkan sistem dompet digital dan sistem pembayaran automotif bersepadu yang direka khas untuk persekitaran di dalam kereta. Ciri-ciri ini akan tersedia selewat-lewatnya pada Q4 2022.
  • PENGALAMAN MEMANDU BEBAS GANGGUAN: Kerjasama bersama FIVE akan mengukuhkan lagi pengalaman pengguna ATLAS dengan menawarkan sokongan berkaitan automotif seluruh negara melalui rangkaian luas penyedia perkhidmatan yang diluluskan, peniaga automotif dan pengalaman mengisi minyak yang lancar di stesen minyak FIVE.

ACO Tech turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengembangkan lagi kerjasama bersama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk membangunkan penyelesaian automotif berasaskan awan pada Huawei Cloud untuk pasaran serantau.

Kerjasama yang diperluaskan ini bakal menyaksikan kedua-dua syarikat memanfaatkan teknologi masing-masing untuk mempercepatkan inovasi dalam aplikasi perisian untuk Data Raya dan Kecerdasan Buatan bagi menggalakkan penggunaan gaya hidup mobiliti pintar.

Sehingga kini, terdapat lebih 10,000 kereta di jalan raya yang dilengkapi ATLAS dan aplikasi ATLAS Auto. ATLAS kini tersedia di dalam kenderaan yang dilengkapi dengan ATLAS unit infotainment (IHU) yang menggunakan Android 10.0 dan ke atas. Maklumat lanjut berkenaan ATLAS, sila layari https://acotech.my/

Google ads
Back to top button