
AUDI A5 AVANT – WAGON SPORTY UNTUK PAPA
Audi nampaknya bersedia untuk meneruskan lagi legasi , sebuah model bersaiz sederhana dalam segmen dengan memperkenalkan generasi terbaharu. Tapi yang ini adalah sebuah model Audi A5 Avant, cukup sesuai untuk mereka yang berkeluarga tetapi mahukan sebuah kenderaan / wagon yang sporty dan juga super duper wow!
Audi A5 Avant baharu ini mempunyai bahagian luar yang dipertingkatkan dengan perkadaran yang sepatutnya dan cukup sporty, dalaman yang didigitalkan sepenuhnya dengan teknologi inovatif, dan juga trenkuasa yang cekap dan berkuasa.

Bergaya dan penuh watak Audi A5 Avant mempunyai kehadiran yang menarik. Perkadaran memanjang dan praktikal gaya badan Avantnya diberi sentuhan sporty dengan estetika aerodinamik, garisan sisi yang tajam. Dan penampilan hadapannya juga sudah cukup sporty dengan rekaan bampar tetapi masih lagi mengekalkan identiti sebuah Audi pada gril model ini.
Rekaan lampu LED belakang juga cukup menarik serta dilengkapi dengan jalur lampu belakang merintangi dari hujung ke hujung. Juga terdapat rekaan garisan yang tajam di bahagian atas yang menempatkan lampu utama yang membuatkan penampilannya lebih jelas.

Melengkapkan penampilan luaran adalah rim bersaiz 18 inci dengan rekaan lima bilah yang didatangkan secara standard untuk Audi A5 Avant ini. Pilihan rim bersaiz lebih besar 20 inci turut ditawarkan untuk varian Edition 1 serta mempunyai kaliper brek berwarna merah.
Di bahagian kabin, ianya mempunyai fungsi kawalan suara dengan ungkapan Hey Audi untuk mengaktifkannya bagi memudahkan pemandu. Dan bahagian kabin juga terdapat lampu ambient dengan pilihan 30 warna untuk dipilih mengikut mood pemandu.
Tempat duduk sport yang dibalut upholsteri mewah di bahagian hadapan dilengkapi dengan fungsisokongan lumbar elektrik 4 hala untuk pemanduan yang lebih selesa. Juga terdapat kawalan suhu tempat duduk untuk membolehkan pemandu dan penumpang lebih selesa untuk apa juga suhu.

Dan sebagai sebuah model wagon, sudah tentu kapasiti ruang kargo yang luas sehingga 476 liter secara standard adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang berkeluarga. Kalau dah lipat semua kerusi lagilah luas kan.
Tentang trenkuasa, ianya menggunakan enjin a enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo yang menghasilkan 268 hp, peningkatan sebanyak 7 hp berbanding A5 Sportback 45 TFSI 261 hp model sebelumnya yang turut dilengkapi dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

