Buletin

AUTOHAUS KE-7

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Malaysia) bersama pengedar sah, Hap Seng Star Sdn Bhd meneruskan kerjasama menerusi pembukaan Autohaus ketujuh di Malaysia.

Autohaus-mercedes-benz-ke-7-mekanika (2)

Dengan  tambahan nilai pelaburan sebanyak RM30 juta, pelancaran itu mewakili perancangan pengembangan jangka panjang Hap Seng Star di Malaysia Timur. Ia dimulakan dengan pembukaan HSS Miri pada Mei lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedez-Benz Malaysia, Dr. Claus Weidner memeberitahu pembukaan HSS Kota Kinabalu adalah langkah positif dalam membangunkan rangkaian pengedarnya.

Autohaus-mercedes-benz-ke-7-mekanika (5)

“Kehadiran kami di wilayah ini bermula pada 1969 dan kerjasama dengan Hap Seng Star mengukuhkan lagi kedudukan kami di sini,” katanya.

Berkeluasan 7,346 kaki persegi, HSS Kota Kinabalu diuruskan oleh 11 orang kakitangan terlatih.

Autohaus-mercedes-benz-ke-7-mekanika (4)

Menerusi pelaburan RM2 juta, Autohaus Hap Seng Star baharu berkenaan menggabungkan aspek utama  Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), iaitu panduan ekstensif reka bentuk bilik pameran.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan Ketua Pegawai Hap Seng Star Sdn Bhd, Harald Behrend, seiring dengan falsafah Mercedes-Benz, komitmen pihaknya terhadap jenama bermula dari memastikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan.

Autohaus-mercedes-benz-ke-7-mekanika (3)

“Sejak 2004, kami telah mencipta banyak peristiwa penting iaitu mengukuhkan rangkaian Mercedes-Benz Malaysia, menerima pengiktirafan untuk Autohaus dan menerima hak pengedaran kereta penumpang dan kenderaan perdagangan.

“HSS Kota Kinabalu membuktikan kesungguhan dan dedikasi kami untuk terus meluaskan jenama Mercedes-Benz di sini,” katanya.

autohaus-mercedes-benz-ke-7-mekanika

Sementara itu, bengkel Mercedes-Benz di Inanam turut menerima penambahbaikan. Dengan keluasan 24,000 kaki persegi, bengkel berkenaan menawarkan perkhidmatan selepas jualan bagi kenderaan penumpang dan komersial Mercedes-Benz.

Buat masa ini, bengkel tersebut boleh menempatkan 14 kereta penumpang dan dua kenderaan komersial bagi operasi servis dan semburan cat pada satu-satu masa.

Hap Seng Star memiliki tujuh buah  Mercedes-Benz Autohaus iaitu HSS Kota Kinabalu, HSS Kuching, HSS Miri, Hap Seng Star Kinrara, Balakong, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ipoh.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button