Peranti

ACER LANCAR 3 MODEL LIQUID

Acer Malaysia hari ini menambah satu rangkaian telefon pintar baharu dalam barisan model Liquid sedia ada  iaitu Z630, Z530 dan Z330.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (2)

“Acer fokus dalam membawakan kandungan digital dan hiburan ke dalam telefon bimbit menerusi produk-produk kami. Kami harap dengan rangkaian telefon pintar Liquid yang baru ini, kami mampu membantu orang ramai untuk bukan sekadar berhubung.

“Malah menggunakan sepenuhnya teknologi di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan bagi setiap urusan,” kata Pengarah Jualan dan Produk Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Chan Weng Hong.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (3)

Sudah dipamerkan pada acara IFA 2015 di Berlin baru-baru ini, Acer Liquid Z630, Z530 dan Z330 menampilkan rekaan kerangka melengkung yang kemas dan elegan. Ketiga-tiga telefon bimbit itu juga didatangkan dengan reka bentuk Acer Liquid UI yang telah dikemas kini.

Acer Quick Mode menawarkan tiga pilihan paparan boleh ubah untuk kelompok pengguna yang spesifik. Standard Mode untuk mereka yang sudah biasa menggunakan telefon pintar, Easy Mode bagi mereka yang baru belajar, manakala Basic Mode pula mesra kanak-kanak.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (13)

Antara ciri standard pada Liquid Z630, Z530 dan Z330 termasuklah Acer Bluelightshield™ yang melindungi mata dengan mengurangkan emisi lampu biru daripada skrin. Sementara ciri DTS Studio Sound™ pula membawakan kualiti bunyi panggung ke telefon pintar anda apabila menawarkan prestasi audio yang jelas dan berkualiti tinggi.

Untuk penggemar selfie, ciri Bright Magic membolehkan foto yang lebih terang dirakam walaupun dalam kondisi yang sedikit gelap. Para pengguna yang suka mengambil gambar makanan pula, Gourmet Mode memang sesuai kerana kamera akan mengadaptasi dan mengubah suai suhu warna serta gaya untuk merakam foto makanan yang terbaik. Sekali gus menjadikannya kelihatan lebih enak.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (6)

Acer Liquid Z630

Dikuasakan oleh pemproses 64-bit Quad Core 1.3GHz MediaTek MT6735 yang sangat pantas. Skrin IPS dengan teknologi Zero Air Gap itu memang sesuai untuk mereka yang mahu menghasilkan, berkongsi dan menikmati kandungan digital.

Disokong oleh 2GB RAM dan memori dalaman 16GB, Liquid Z630 memiliki bateri 4,000mAh yang memastikan prestasi berpanjangan dengan sekali caj. Ia menawarkan tempoh berbual sehingga 22 jam (3G) dan waktu bersedia mencecah 1,050 jam (3G).

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (8)

Liquid Z630 juga dilengkapi kamera belakang auto fokus 8MP dengan flash dan kamera hadapan Sudut Luas 8MP, sesuai untuk mereka yang gemar merakam selfie. Telefon pintar dengan keupayaan dua SIM 4G LTE itu juga menampilkan Acer Liquid UI yang telah dikemas kini dan direka agar lebih mesra pengguna berbanding sebelumnya.

Turut ada di dalam Liquid Z630 ialah ciri AcerExtend yang menawarkan ketersambungan lancar telefon pintar dengan komputer riba atau PC yang sesuai.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (10)

Acer Liquid Z530

Sama seperti Acer Liquid Z630, telefon pntar baharu ini turut dikuasakan oleh pemproses quad core 1.3GHz MediaTek MT6735 64-bit yang sangat pantas. Reka bentuk yang melengkung dan kecil membuatkannya boleh dipegang dengan selesa.

Saiz skrin IPS Liquid Z530 adalah sedikit kecil iaitu 5 inci bersama teknologi Zero Air Gap yang menawarkan imej jelas, terang dan kontras terbaik, biarpun ketika digunakan di bawah sinaran matahari.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (9)

Acer Liquid Z330

Ini merupakan telefon pertama yang ideal untuk mereka yang ingin belajar menggunakan sebuah telefon pintar atau sebagai sokongan kepada peranti sedia ada.

Acer Liquid Z330 yang bersaiz 4.5 inci ini dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 210 (MS 8909). Ia hadir bersama 1GB RAM, memori dalaman 8GB, di samping kamera hadapan dan belakang 5MP.

 Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (4)

Acer Liquid X2

Liquid X2 yang memiliki reka bentuk ultra nipis dan sangat ringan ini didatangkan dengan bateri berkapasiti sebesar 4000mAh. Keupayaan tiga SIM itu sememangnya sempurna untuk mereka yang gemar melayari internet, mahukan bateri tahan lama dan boleh menggunakan beberapa kad SIM.

Skrin HD 5.5 inci dengan teknologi Zero Air Gap dipadankan bersama pemproses 64-bit octa-core, 3GB RAM dan 32GB memori dalaman. Pengalaman pengguna ditingkatkan lagi menerusi kamera hadapan dan belakang 13MP F1.8 auto fokus untuk rakaman gambar serta video yang terbaik.

Acer-Liquid-launch-2015-mekanika (14)

Acer Liquid Z630, Liquid Z530 dan Liquid Z330 ditawarkan pada harga RM659, RM559 dan RM439 seunit.

Semua telefon pintar baharu ini boleh didapati mulai sekarang di penjual sah Acer di seluruh negara. Acer Liquid X2 pula boleh didapai mulai Januari 2016.

Google ads
Back to top button