Buletin

AXIA G KINI ADA ABS, TAMBAH HARGA RM1,500

 

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia akan memasang ciri brek anti kunci (ABS) pada varian Axia G bermula Januari 2016.

Perodua-Axia-G-ABS-mekanika (3)

Langkah itu dibuat bagi meningkatkan aspek keselamatan kenderaan keluarannya. Dengan penambahan tersebut, Perodua turut menaikkan harga Axia G sebanyak RM1,500.

Axia G ditawarkan pada harga RM32,527 untuk varian manual dan RM35,527 bagi versi automatik (metalik, di atas jalan termasuk insurans).

Perodua-Axia-G-ABS-mekanika (1)

Bagi pelanggan yang sudah menempah Axia G di antara 1 Oktober hingga 10 Disember dan masih belum menerima kenderaan masing-masing, Perodua akan menawarkan baucar berjumlah RM500 sebagai token.

Tempahan yang dibuat selepas 11 Disember akan mengikut harga baharu. Penghantarannya pula bakal bermula mulai Januari 2016.

Perodua-Axia-G-ABS-mekanika (4)

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih kerana terus menyokong Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh.

Google ads
Back to top button