
NAZA WORLD BUKA DUCATI PHNOM PENH
Kumpulan Syarikat Naza World telah membuka pusat jualan Ducati yang terletak di Phnom Penh.
Pembukaan Ducati Phnom Penh itu adalah sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaan dan menghadirkan jenama berkenaan di Kemboja.
Pusat selepas jualan Vietnam itu berkeluasan 2700 kaki persegi turut menawarkan perkhidmatan servis.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan Naza World, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, kini Naza World boleh menawarkan pengalaman pemilikan premium Ducati kepada peminat jentera Ducati di Kemboja.
“Pasaran Kemboja menawarkan potensi pertumbuhan masa depan terutama dalam kategori superbike dan premium.
“Kami menjangkakan kemasukan Ducati ke pasaran Kemboja bakal menghangatkan lagi pasaran superbike tempatan serta mengalu-alukan penunggang dan peminat Ducati ke pusat jualan ini,” katanya.
Ducati Phnom Penh dilengkapi kemudahan servis Ducati moden bersama kelengkapan peralatan khusus dan diagnostik.
Pusat jualan tersebut mempamerkan barisan penuh produk Ducati antaranya Diavel, Panigale, Hypermotard, Monster dan Scrambler. Tidak ketinggalan, aksesori dan barangan Ducati turut dijual.
Sempena pembukaan pusat pameran berkenaan, Ducati Kemboja akan melancarkan produk baharu iaitu model ikonik Ducati Scrambler bersama Scrambler Pop-Up-Club. Ducati Scambler ditawarkan dengan empat varian iaitu Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic.










