
BAGAIMANA KUSYEN DISUSUN DALAM KERETA ATAU MPV/SUV?
Pernah ke anda perasan yang ketinggian kusyen di barisan pertama, kedua dan bagi SUV/MPV dengan 3 barisan tempat duduk direka dengan ketinggian berbeza. Ok cuba masuk dalam kereta anda dan duduk di bahagian depan kemudian berubah tempat duduk ke bahagian belakang.
Kalau anda perhatikan hip point atau kedudukan pinggul anda di bahagian depan dan belakang adalah berbeza. Biasanya kedudukan kusyen di bahagian belakang adalah lebih tinggi berbanding di bahagian depan. Bagi MPV atau SUV dengan 3 barisan tempat duduk pula, barisan ke 3 direka dengan ketinggian yang lebih dari barisan kedua.
Rekaan sebegini sebenarnya akan menyebabkan penumpang belakang memiliki ruang kepala yang terhad berbanding dengan penumpang depan. Kalau barisan ketiga lagilah kecil ruang kepala. Keadaan ini bertambah buruk lagi kalau bumbung direka dengan slope atau kecerunan yang melandai ke belakang untuk menambah lagi ciri sporti

Sebenarnya memang kusyen dalam kereta disusun seperti sebuah stadium di mana semakin ke belakang, semakin tinggi hip point kusyen tersebut. Tujuannya hanya satu sahaja iaitu bagi mewujudkan susunan seperti sebuah stadium. Ia memudahkan penumpang belakang untuk melihat ke depan sewaktu kereta bergerak.
Kebanyakan pengguna ada sifat klaustrofobia atau takut pada ruang tertutup, jadi jika kusyen belakang direka dengan hip point sama dengan kusyen depan ia akan menyebabkan penumpang belakang tidak boleh melihat ke depan. Ia juga akan menyebabkan masalah seperti penumpang belakang rasa seperti lemas dan pening
Ia juga salah satu sebab jurutera automotif sentiasa memaksimumkan penggunaan cermin kaca yang besar pada bahagian sisi. Ia memberikan kesan seolah-olah kereta yang dinaiki oleh mereka terasa lapang, luas dan selesa. Cuba anda naik kenderaan dengan cermin atau tingkap yang minima seperti van perisai yang mengangkut duit.

Mesti anda pening dan boleh muntah disebabkan masalah ini. Jadi bila memasang filem penapis haba, cuba elakkan dari memasang cermin gelap 7 inci di cermin depan kalau anak anda mudah pening dan muntah ketika menaiki kereta.