Buletin

TESLA MODEL S TANPA PEMANDU KEMALANGAN, DUA TERBUNUH

Dua penumpang maut dalam kemalangan membabitkan kereta Tesla Model S tanpa pemandu di The Woodlands, Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian kira-kira pada jam 11.25 malam itu, kenderaan sedan elektrik berkenaan dikatakan terbakar selepas hentaman kuat berikutan kemalangan terbabit.

Menurut Konstabel Mark Herman dari Balai Polis Daerah Harris, terdapat dua mayat di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang.

Bagaimanapun,  tiada mangsa yang didapati berada pada tempat duduk pemandu.

Difahamkan, kenderaan Tesla Model S itu bergerak dalam keadaan laju sebelum terbabas dan merempuh pokok.

Dalam pada itu, pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadam kebakaran kenderaan terbabit.

Pihak berkuasa akan menjalankan bedah siasat terhadap dua mangsa terkorban dalam kemalangan itu. – carscoops

Google ads
Back to top button