Artikel Pilihan

BAGAIMANA PESAWAT PEJUANG BERLEPAS DARIPADA KAPAL PENGANGKUT PESAWAT?

Anda telah menonton filem Top Gun : Maverick? Jika belum, kami cadangkan pada anda untuk menonton filem dengan aksi pertempuran yang melibatkan pesawat F/18 ini kerana kebanyakan aksi dalam filem ini direkod dengan menggunakan futej sebenar.

Malah ketika penggambaran dibuat, krew rakaman perlu menyewa F/18 dengan harga RM 50,000 sejam bagi setiap unit. Ketika penggambaran dibuat, pelakon akan berada di bahagian belakang dan pesawat akan dipandu oleh jurterbang sebenar.

Kebanyakan aksi juga dirakam dengan kamera dan pesawat penggambaran khas yang dipasang dengan kamera kawalan jauh. Berbalik pada persoalan utama, bagaimana pesawat pejuang berlepas dari pesawat pengangkut yang panjangnya 90 meter sahaja?

Jawapan mudah ialah pesawat pejuang ini akan dilancarkan dari kapal pengangkut pesawat dengan menggunakan sistem lastik khas. Sistem ini sebenarnya dikuasakan dengan menggunakan stim dan dipanaskan melalui generator nuklear yang berfungsi sebagai punca kuasa bagi kapal pengangkut pesawat

Sistem ini dinamakan sebagai Aircraft Catapult System akan mengumpul stim panas selepas dipanaskan deng menggunakan reaktor nuklear. Sebaik sahaja sedia untuk digunakan, satu injap khas akan melepaskan stim ini yang berupaya memecut pesawat pejuang kepada 305km/jam dalam masa 2 saat sahaja.

Pecutan yang brutal ini menyebabkan juruterbang mengalami tekanan sehingga 4G ketika berlepas. Ketika pesawat sedia untuk berlepas, landing gear (atau tayar depan pesawat pejuang) akan ditambat pasa satu alat yang dipanggil sebagai Shuttle yang bersambung terus pada piston yang digunakan untuk mengisi stim ketika injap dibuka dan stim meluru dengan laju ke dalam piston

Selepas pesawat pejuang berlepas, Shuttle akan dibrek melalui satu sistem khas hidraulik dan ditarik semula pada kedudukan awal. Untuk satu kitaran penuh pelancaran, Aircraft Catapult System boleh digunakan untuk melancarkan pesawat lain dalam masa 1 minit.

https://www.youtube.com/watch?v=eoI98gjhx3Q
Google ads
Back to top button