
Buletin
BAGAIMANA SENSASINYA MUDIK LEBARAN MENAIKI MOTORSIKAL DI INDONESIA DARI DEPOK KE JOGJA. BERHARI WEI BARU NAK SAMPAI
Lebih kurang minggu hadapan, musim pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Eidilfitri akan tiba juga. Negara jiran Indonesia yang turut mempunyai jutaan umat Islam tidak terkecuali dengan tradisi ini Mudik Raya ini. Ini adalah simulasi Mudik Lebaran dari Kota Depok ke Jogja dengan menaiki motorsikal yang dibuat pada tahun lepas pada tarikh 19 April 2023.
- Pemilik saluran YouTube Nugroho Febianto yang boleh tahan popular ini sebenarnya berasal dari Kota Depok yang terletak dalam kawasan Selatan Jakarta. Beliau sengaja mahu mencuba sensasi Mudik Lebaran dari Depok hingga ke Jogja sejauh lebih 600 km untuk merasa pengalaman solo ride memandangkan beliau hanyalah berasal dari Kota Depok.

- Walau pun hanya sejauh 600 km, (lebih kurang dari Melaka hingga ke Perlis jaraknya), namun harus diingat bahawa pengguna motorsikal di sana adalah dilarang untuk menggunakan lebuhraya. Hanya boleh menggunakan jalan dalam sahaja. Tentu sahaja akan memakan masa yang lebih lama.
- Mudik Lebaran menggunakan motorsikal di Indonesia dianggap sebagai perkara biasa, malah ada yang naik sehingga tiga orang termasuk anak kecil di tengah atas faktor kos yang lebih jimat.
- Beliau memulakan perjalanan usai berbuka puasa sekitar jam 7.30, di saatnya kemuncak Mudik Lebaran mula berlangsung pada di akhir Ramadhan dengan menggunakan motorsikal Honda CB0150R.
- Disaat baru menempah sekitar 35 km perjalanan, beliau sudah pun menempuh macet, akibat daripadanya banyak kenderaan termasuklah pengguna motorsikal yang turut sama Mudik Lebaran berserta kenderaan lain. Walau pun hanya sejauh itu,

- Ketika jam menunjukkan jam 10.00 malam, beliau baru sahaja memasuki Kabupaten Bekasi yang jaraknya hanyalah sekitar 40 km dari Depok. Macet yang dihadapi semakin parah. Ada penunggang motorsikal yang memilih untuk terus berhenti dan berehat di tepi jalan sahaja. Penat sudah tentu.
- Sepanjang laluan perjalanan, juga terdapat Posko Mudik Lebaran yang disediakan Pemerintah yang akan berfungsi sebagai tempat kawasan rehat buat penunggang motorsikal.
- Jikalau tidak mahu melepak di Posko Mudik Lebaran yang disediakan Pemerintah, para pemudik juga boleh memilih berehat di beberapa kawasan / warung yang tersedia di tepi jalan milik orang awam. Biasanya mereka akan sediakan juga tempat berehat / baring buat para pemudik.

- Untuk mengisi bahan bakar, sudah semestinya dia punya beratur panjang bukan main lagi. Tapi nak buat macam mana kan, kenalah juga beratur.
- Bengkel motorsikal yang terdapat di sepanjang jalan juga banyak yang buka 24 jam demi
- Jejaka ini tiba di sebuah Rumah Makan di Kabupaten Subang, kira – kira sejauh 120 km pada jam 3.50 pagi untuk bersahur. Bayangkan punyalah lama, baru takat tu aja sampai.

- Ketika tiba di perbatasan Kabupaten Subang / Indramayu, macet kembali terjadi akibat daripada wujudnya budaya menyapu syiling (penyapu koin) yang dilemparkan daripada para pemudik sebagai tanda sedekah kepada masyarakat di sana.
- Sekitar jam 10.30 pagi, jejaka ini memutuskan untuk berehat / tidur dengan menginap di homestay di kawasan Cirebon dan hanya memutuskan untuk menyambung perjalanan ke Jogja sekitar jam 9.30 malam.
- Akhirnya beliau tiba juga di Terminal Giwangan Jogjakarta sekitar jam 9.40 pagi tanggal 21 April 2023 sebagai destinasi akhir yang memakan waktu lebih kurang 36 jam. Mungkin boleh aja kalau nak terus tanpa henti menunggang motorsikal hingga tiba ke destinasi, tapi badan barai la pula nanti kan?
Kredit Foto : YT Nugroho Febianto
BACA : MUDIK RAYA DENGAN MENAIKI BAJAJ – BOLEH SAMPAI KAH?
BACA : 85 JUTA RAKYAT INDONESIA DIJANGKA BALIK BERAYA DI KAMPUNG. TAK BOLEH BAYANG DIA PUNYA JEM TU



