MUDIK RAYA DENGAN MENAIKI BAJAJ – BOLEH SAMPAI KAH?
Musim Mudik Raya (pulang ke kampung halaman untuk berhari Raya) bukan hanya dilalui oleh rakyat Malaysia, tetapi masyarakat Indonesia juga turut meraikannya untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara. Sama seperti kita, mereka juga dua tahun tidak dapat Mudik Raya.
Selain daripada mode pengangkutan awam, (bas / keretapi / kapal terbang), menggunakan pengangkutan sendiri seperti kereta dan motorsikal adalah mode penangkutan yang cukup dominan di tempat kita. Barangkali kita patut bersyukur sekiranya mempunyai kereta untuk pulang berhari raya dengan selesa membawa anak bini. Sudahlah tol percuma, jalanraya juga cukup selesa di tempat kita. Cuma isu kesesakan lalulintas sememangnya tidak dapat dinafikan.
Akan tetapi ada seorang lelaki dari Cibitung, Bekasi memilih untuk Mudik Raya ke Banyumas, Provinsi Jawa Tengah bersama sebuah Bajaj yang telah dibeli secara terpakai. Model yang dibeli adalah merupakan daripada TVS King. Suatu ketika dahulu, model bajaj ini antara mode pengangkutan yang popular juga disamping angkutan. Namun disebabkan Jakarta kini penduduk lebih gemar memilik Ojek Online (menggunakan motosikal), maka secara tidak langsung fungsi Bajaj tiga roda ini semakin dipinggirkan. Apatah lagi kesukaran bajaj ini untuk mencelok. Maka, diatas faktor itulah bajaj buatan India ini telah dipilih pemiliknya untuk dibeli.
Barangkali idea beliau sedikit gila apabila memilih sebuah model beroda tiga untuk pulang ke kampung halaman bersama isteri dan seorang anak kecil. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, beliau telah melakukan beberapa kerja restorasi ringan bagi memastikan bajaj beliau berupaya untuk melakukan perjalanan yang cukup jauh ini. Harus diingat, kenderaan sebegini tidak dibenarkan untuk memasuki lebuhraya di sana. Maka, sudah tentu harus menggunakan ‘jalan lama’ dan secara tidak langsung, jarak perbatuan berganda jauh. Dianggarkan lebih kurang 500 kilometer jarak perjalanan yang harus ditempuh.
Pemiliknya memulakan perjalanan sekitar jam 4.00 sore tanggal 27 April. Segala keperluan bagasi telah disumbat di bahagian belakang tempat duduk. Pemiliknya juga sempat membawa speda kecil untuk mainan anaknya sepanjang berada di kampung halaman. Sepanjang perjalanan tampak tenang buat pemilik untuk mengemudi Bajaj yang kecil molek ini. Kelajuan maksimum yang dicatat hanyalah sekitar 50 km/j bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Cumanya pemilik dan keluarga kecil ini diuji apabila tayar bajaj yang bersaiz stroller ini mengalami kebocoran pada awal pagi keesokkannya. Mujurlah bajaj ini turut dilengkapi dengan tayar simpanan di bahagian belakang. Tukar, dan terus sambung semula perjalanan.
Akhirnya setelah berjam jam di atas jalan, pemilik dan keluarganya selamat tiba di kampung halaman jam 2.00 siang. Walau pun mungkin dianggap sebagai idea gila, namun situasi di sana tidaklah dianggap aneh. Malah, masih ada beberapa individu yang memilih bajaj ini sebagai mode pengangkutan pulang ke kampung. Jimat pun jimat pun. Kan?
Kredit Foto : Tangkap layar YT Embun Pagi 57
BACA : MOTOSIKAL PUN NAK BALIK RAYA ‘NAIK’ MPV
BACA : RAKYAT INDONESIA DIMINTA JANGAN BALIK RAYA KE KAMPUNG NAIK MOTOSIKAL