Buletin

BAIC NAK TAMBAH SAHAM DAIMLER. GEELY BAKAL DITENDANG?

Suka atau tidak, China memang menguasai ekonomi dunia. Dulu, orang pernah berkata China boleh boleh buat apa sahaja, kecuali kereta yang bagus. Tapi sekarang mereka buktikan kereta China bukanlah seperti mainan tahun 90-n. Mereka memang belajar dengan cepat.

Sangat cepat

Dan salah satu cara pembelajaran mereka ialah melabur pada syarikat ternama. Salah satu syarikat yang terawal keluar dari kepompong domestik China ialah Geely dan mereka juga pemegang saham di dalam syarikat Daimler Mercedes Benz.

BAIC EV

Namun yang begitu, Geely bukanlah satu-satunya syarikat yang memiliki kepentingan dalam konglomerat Jerman itu. BAIC (Beijing Automotive Industry Holding Co) juga merupakan pemegang saham bersama pada awal tahun ini dengan pemilikan 5 peratus.

Baru-baru ini, pihak BAIC sedang menyusun rancangan untuk melipatgandakan saham mereka di Daimler menjadi 10%. Jika ini berlaku, BAIC akan pemegang saham terbesar dalam Daimler berbanding Geely yang kini memiliki 9.69 peratus.

Menurut laporan yang dikeluarkan agensi berita reuters, langkah untuk melipat gandakan saham BAIC di Daimler dibuat dengan membeli saham di open market.

Sebenarnya hubungan BAIC – Daimler bukanlah baru kerana kedua-dua syarikat ini mempunyai koloborasi didalam syarikat bersama Beijing Benz, dimana pihak Mercedes-Benz juga memproduksi kenderaan mereka di pasaran China.

Logiknya, sudah tentu pihak BAIC mahukan hubungan yang lebih rapat tanpa campurtangan dari rakan pesaing senegara mereka. Bagi pihak Daimler pula, mereka belum mengetahui apakah perancangan BAIC namun menerusi salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya, Hubertus Troska memberitahu bahawa hubungan Daimler dan BAIC memang istimewa dan tidak menolak sebarang perkembangan positif untuk masa hadapan.

Google ads
Back to top button