BuletinModifikasi

BANGSAL KAYU PALING LAJU DI DUNIA – GUNA ENJIN VOLKSWAGEN PASSAT 2.8L V6

Mat salleh selalunya ada hobi yang pelik-pelik. Kami percaya, anda mungkin biasa menonton perlumbaan lori, bas, kepala treler, kereta mengundur dan bermacam lagi.

Tapi yang pula bukan berlumba, cuma sebuah kereta lama yang terbukti masih laju kalau pun untuk berlumba. Seorang warga Britain, Kevin Nicks yang merupakan peladang mendapat idea mengubahsuai Volkswagen Passat yang hampir menemui ajal. Kereta tersebut dibaiki dengan cara yang berbeza. Ia diubahsuai menjadi sebuah bangsal bergerak.

BACA: UBAHSUAI KERETA JADI MOTOR

Keseluruhan kerangka kereta tersebut ditanggalkan hingga ke bahagian tulang asas. Kemudian ia dipaterikan kepada kerangka besi baharu sebagai platform binaannya.

Sebagai seorang peladang, Nicks menggunakan kepakarannya “mambalut” bahagian luar dengan kayu. Bahagian dalamannya pula direka semula dengan susunan seperti sebuah motorhome/RV.

“Bangsal” ini dibina bersama dengan anak perempuan beliau dan pada fasa ini, Nicks menjelajah seluruh Britain mengumpul derma sambil mempamerkan hasil karya beliau. Kutipan tersebut diagihkan kepada pusat kebajikan tempatan.

Menjadikannya lebih unik, bangsal ini telah dibawa ke trek ujian drag. Enjin asal 200 kuasa kuda tersebut menerima bantuan kit nitrous oksida (NOS) berkausa 75hp. Mengejutkan kerana kenderaan ini boleh memecut sehingga 156km/j. Laju dah dah tu, kalau laju lagi maunya berderai badan kereta.

Ada korang pernah jumpa konsep macam ni yang buat laju? tak ada kan?

Ini bermakna, bangsal bergerak Nicks lah yang paling laju. Paling laju di dunia.

Tengok, senang je nak cipta rekod.

 

 

 

 
 
 
 
Google ads
Back to top button