Artikel Pilihan

BATERI ALAT KAWALAN JAUH KERETA HABIS. MASIH BOLEH HIDUPKAN KERETA

Penulis masih ingat satu ketika dulu, penulis pernah bercuti ke sebuah hotel di selatan tanah air. Ketika itu penulis menggunakan kereta yang menggunakan alat kawalan jauh namun masih menggunakan kunci biasa yang perlu dipulas (bukan push start button). Apabila kereta ditinggalkan semalaman, keesokan harinya penulis gagal untuk membuka pintu kereta.

Masalah yang terjadi ialah bateri alat kawalan jauh telah pun kehabisan tenaga elektrik. Penulis cuba membuka pintu secara manual tapi sebaik sahaja pintu dibuka, sistem penggera diaktifkan seolah-olah terdapat cubaan mencuri kereta. Sebagai tindakbalas kecemasan, sistem penggera tidak membenarkan enjin dihidupkan.

Terpaksalah penulis mencari teksi dan ke kedai elektronik yang berhampiran untuk menukar bateri alat kawalan jauh. Selesai satu masalah. Ketika PKP berlangsung 2 bulan lepas, sekali lagi kereta yang dipandu oleh penulis mengalami masalah sama. Kereta Perodua Bezza 1.3 X tersebut yang dilengkapi dengan sistem push start button

Sesetengah kereta yang dilengkapi dengan sistem push start button akan dipasang dengan sistem peringatan yang akan memberikan amawan kepada pemandu jika ia mengesan tenaga elektrik dalam key fob sudah berkurangan. Contohnya Honda City Generasi 6 akan menghantar isyarat kepada pemandu supaya menukar bateri dengan segera.

Namun tak semua kereta dilengkapi dengan fungsi ini. Bagaimana kalau key fob tersebut habis bateri sepenuhnya? Tiada masalah tuan-tuan, kerana anda masih boleh masuk ke dalam kereta dan hidupkan kereta seperti biasa, tapi dengan sedikit perubahan cara kerja. Mari kita tengok cara-cara menghidupkan kereta dengan key fob walaupun sudah kehabisan bateri

1. Perhatikan key fob kereta anda di bahagian depan yang ada logo Perodua. Jika diperhatikan pada bulatan merah, anda akan mendapati bahawa butang tersebut merupakan mekanisma pengunci yang memegang kunci fizikal untuk membuka pintu kereta

2. Tarik butang tersebut ke atas dengan menggunakan kuku, dan pada masa yang sama tarik keluar kunci fizikal tersebut. Nah anda sudah jumpa anak kunci yang sama dengan kunci konvensional. Anak kunci ini akan memastikan anda dapat membuka pintu kereta.

3. Masukkan anak kunci ini pada lubang kunci kereta dan pusingkan anak kunci untuk membuka mekanisma kunci. Selepas itu, anda boleh buka pintu kereta anda tanpa masalah.

Sekiranya anda terus cuba menghidupkan enjin dengan menekan pedal brek dan suis push start button, enjin tidak akan hidup tapi akan mengeluarkan logo amaran kunci kerana sistem tidak dapat mengesan kehadiran kunci dalam kereta.

4. Rapatkan key fob pada suis push start button dan suis push start button akan menyala menandakan ia sudah mengesan kehadiran key fob. Tekan pedal brek dan tekan key fob pada suis push start button (seperti gambar) dan enjin akan terus hidup.

Sekiranya anda mencuba kaedah tekan 3 kali, 5 kali atau 7 kali sebelum menghidupkan enjin, lupakan teknik ini. Minta bini anda jek atas batang halkum anda dulu

5. Setelah enjin anda hidup, anda perlu mencari bateri gantian key fob dengan segera. Berdasarkan pemerhatian penulis, sekiranya anda mencuba teknik ini kali ke 2 atau 3 tanpa menukar bateri, sistem akan mengambil masa yang lama untuk mengesan kehadiran key fob dan menghidupkan enjin.

Kaedah ini membantu anda menghidupkan enjin dalam situasi kecemasan tanpa perlu anda balik ke rumah untuk mencari kunci pendua atau menunggu ahli keluarga menghantar kunci pendua kepada anda.

Google ads
Back to top button