Artikel Pilihan

BETULKAH KERETA DENGAN PUSH START BUTTON PERLU TUNGGU SEBELUM DIHIDUPKAN. ULASAN DARI DOKTOR AID FAWZAL

Poyo je penulis yang minggu lepas, baru pengalaman 7 tahun dah komen macam-macam. Bukan power pun. Kelas kat universiti pun dia ponteng. Gitu la komen pada penulis minggu lepas selepas penulis memberikan ulasan pedas pada pakar automotif lulusan Facebook berkenaan cara-cara menghidupkan kereta dengan menekan butang 3 kali.

Walaupun penulis sudah menunjukkan cara sebenar yang diambil dari buku manual dan bertanya kepada pengeluar kereta sendiri pun, ada juga yang keras hati dan masih percaya pendapat mereka adalah betul. Perkara ini menarik perhatian Doktor Aid Fawzal, yang merupakan sahabat penulis di laman Facebook.

Doktor Aid Fawzal yang telah berjaya mencipta konsep Nombor Fawzal yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hypercar terkemuka di dunia bagi sistem penyejukan. Berikut ialah komentar Doktor Aid Fawzal berkenaan isu ini yang dipetik dari laman Facebook beliau.

================================================================

Betulkah Kereta Dengan Push Start Button Perlu Tunggu Sebelum Dihidupkan?

Rakan kita Mohamad Azrull bertanya kepada saya untuk dapatkan kepastian berkenaan tulisan yang tular di FB, WhatsApp dan macam-macam media lagi .Ini sangat terpuji kerana ia sehaluan dengan saranan dalam Al Quran untuk tabayyun (telitilah dahulu, tentusahkan, verify) [Al Hujurat 49:6].

——————————————————————————————————————–

Tulisan tersebut ditujukan khas untuk wanita yang mana kita perlu menunggu beberapa saat selepas menekan start button utk nyalakan enjin kereta.

Pada tulisan yg hampir sama, ada versi yg menyuruh utk menekan butang tersebut beberapa kali sebelum memijak brek pedal. Alasan yg diberikan adalah perbuatan terus menyalakan enjin boleh bawa kerosakan pada komponen kereta.

Namun, tidak dinyatakan komponen apa yang akan rosak.

——————————————————————————————————————–

Apabila saya mendapat pertanyaan sebegini, saya jarang-jarang akan menjawab terus. Saya lebih selesa utk berbincang dengan si penyoal supaya beliau mempunyai kefahaman.

Ini kerana saya suka ‘berjalan’ atas dasar, “GIVE a man a fish and you feed him for a day; TEACH a man to fish and you feed him for a lifetime.”

Namun, saya faham yang tak semua orang mampu untuk fahami hal-hal kejuruteraan. Jadi saya sediakan jawapan pendek disini untuk memudahkan sidang pembaca.

Sebelum saya mulakan, izinkan saya membuka topik ini lebih luas yg mana jawapan saya akan meliputi kereta yang gunakan pulasan kunci untuk nyalakan enjin juga bersama kereta yang gunakan butang pemula (start button).

———————————————————————————————————

Soalan:
Betulkah kereta dengan push start button perlu tunggu sebelum dinyalakan?

Jawapan Pendek: Ya & Tidak.

YA, anda patut tunggu jika kereta anda adalah injection lewat 90an ke produksi 2000an (angaran saya pre/sebelum 2010). Kalau tak tunggu, enjin tak boleh nyala secara segera dan memakan sedikit masa.

Kereta waktu itu, mempunyai sistem yg tidak mengekalkan tekanan bahan api (retain fuel pressure). Bila kunci dipulas (atau ditekan), anda perlu tunggu seketika untuk pam bahan api memberikan tekanan dalam sistem sebelum nyalakan. Proses ini juga dipanggil ‘prime‘.

Ini juga benar untuk enjin diesel sezaman dengannya dimana, anda perlukan masa untuk glow plug memanaskan bahan api diesel.

Manakala,
TIDAK, anda tak perlu menunggu jika anda mempunyai enjin moden (kira² post/selepas 2010’ish).

Ini kerana kereta moden sendiri telah mengambil kira sela masa (delay) untuk semua komponen bersedia untuk dinyalakan termasuk enjin diesel.

————–

Jika anda tak percaya, cuba buat eksperimentasi sendiri dengan nyalakan cepat² enjin anda. Mesti akan ada sela masa & enjin tak akan nyala terus punya..

Sewaktu sela masa, ada kereta yang meter nya masuk dalam mode calibration, ada yg lampu panel meter bernyala beberapa saat sebelum padam dan lain² proses permulaan (initialisation).

Glow plug diesel moden juga lebih cekap dan cepat untuk membekalkan haba kepada bahan api berbeza dengan yang dulu².

Anda tak perlu risau kerana jurutera enjin moden telah mengambil kira semua faktor ini.

————–

Soalan: Bagaimana jika kereta saya kereta pre/sebelum 2010? Berapa lama patut saya tunggu?

Pulas atau tekan butang pada ACC (nyalaan aksesori), tunggu sehingga beberapa lampu² pada panel meter padam, pulas/tekan untuk nyalaan enjin.

Jika anda seorang yang punyai daya pemerhatian yg tajam, anda akan dengar bunyi berdengung (buzzing) dari belakang. Ini adalah bunyi pam bahan api dan ia berbunyi untuk seketika. Bila bunyi hilang/padam, dah boleh nyalakan enjin.

————–

Soalan: Kalau saya masih ragu² mcm mana?

Jawapan:
Pulanglah ke pangkal jalan dengan membaca manual kereta anda. Semak dalam tu prosidur yang paling sesuai untuk kereta tersebut.

Kereta tu mahal & datang dengan bukunya. Rugilah kalau tak baca.

————–

Soalan:
Adakah perbuatan menyalakan terus akan merosakkan komponen kereta?

Jawapan: Ini tidak berasas melainkan berlebih2an dalam berfikir (overthinking).

————–

Selain daripada pandangan saya, seorang rakan kita Tuan Farid Awaluddin berkongsikan bersama pandangan dari @paultan . Boleh baca disini.
https://paultan.org/…/benarkah-butang-penghidup-enjin-perl…/

Saya mohon rakan² media untuk ambillah tips atau pendapat daripada mereka yang ahli. Kalau sumbernya bukan, cuba lah “tabayyun” dulu. Semak & tanyakan pada yg pakar sebelum anda sebarkan. Menyebarkan maklumat yg senget dan tidak betul ni akan menjumudkan akal. Kesian la pada jurutera yang dh reka hebat².

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough, UK

*Ramai pulak yg share tips tu. Pelik juga org boleh viralkan tips yg tak ada sumber asal. Kalau ada penulis asal, boleh juga kita bawak² bincang tanyakan latarbelakang penulis & dari mana sumber tips beliau tu. Sini saya cuba CC penulis² yg mengeluarkan kenyataan ini untuk mereka datang bersama hujah yg sesuai. @Aizz_Irfan, @sinar_my, @siakap_keli. Saya harap mereka berlapang dada untuk berbincang atau perbetulkan kesilapan yang telah tersebar.

Google ads
Back to top button