
BEAM MOBILITY JALIN KERJASAMA DENGAN 9 UNIVERSITI TEMPATAN – MUDAHKAN PERJALANAN DALAM KAMPUS, CAJ 60 SEN SEMINIT
Beam Mobility Malaysia kini menjalin kerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan e-skuter Beam.
Di sokong oleh URBANICE, Beam kini boleh didapati di sembilan universiti iaitu:
- Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
- International University of Malaya-Wales (IUMW)
- EduCity Iskandar
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Pahang.

Untuk rekod, jumlah tunggangan harian telah melepasi angka 1,000 di seluruh Universiti Malaysia.
Dengan kehadiran Beam di kampus-kampus ini, warga universiti, pelajar serta pensyarah boleh menggunakan e-skuter Beam dengan mudah untuk perjalanan antara bangunan fakulti, dewan kuliah, kemudahan sukan atau bangunan kediaman.
Dari segi harga, ia menawarkan bayaran berpatutan iaitu RM0.60 seminit selain, menjimatkan lebih banyak masa dan selamat digunakan.
“Kami menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan ruang tempat letak kereta kerana e-skuter mengambil ruang parkir jauh lebih kecil. Faktor tersebut membolehkan kami menangani isu ruang tempat letak kereta yang terhad di dalam kampus,” kata Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew.

