Buletin

STRIEMO – SKUTER TIGA RODA DENGAN TEKNOLOGI PENSTABILAN KENDIRI DARIPADA HONDA

Menerusi syarikat subsidiari bergelar sebagai Striemo yang baharu sahaja dibentuk, Honda bakal memasuki pasaran mobiliti mikro dan produk pertama mereka sangat menarik perhatian – sebuah skuter elektrik tiga roda dengan teknologi penstabilan kendiri.

Skuter ini mempunyai berat sekitar 20 kg dan mampu bergerak sejauh 30 km untuk sekali cas penuh.

Teknologi kompleks penstabilan kendiri itu menampilkan keupayaan pengiraan keseimbangan titikk graviti dengan kadar ketepatan sehingga 0.1 mm, membolehkan penunggang sentiasa berada dalam posisi yang stabil dalam apa jua kelajuan.

Disebabkan itu juga, penunggang boleh membelok dengan mudah dan stabil dengan hanya mengiringkan badan sedikit apabila memasuki selekoh.

Harga jualan untuk e-skuter Striemo ini bermula dari 260,000 yen (RM8,499) di pasaran Jepun, dan tempahan kini dibuka dengan had produksi sekitar 300 unit sahaja.

Selain Jepun, Honda juga akan memperkenalkan skuter Striemo ini untuk pasaran Eropah pada tahun 2023.

Google ads
Back to top button